10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

GAMBAR 67.5 GAMBAR 67.6

Taman Alma Jaya

- Resapan Air Pada Dinding

(01.03.2012)

1024

Taman Alma Jaya

- Keretakan Pada Beam

(01.03.2012)

iii. Bahagian UDA Land memantau subsidiari di bawahnya melalui laporan yang

dikemukakan oleh subsidiari setiap bulan. Semakan Audit mendapati laporan

bulanan iaitu Projects Development Summary (PDS), Kertas Kerja Kelulusan,

Ringkasan Jualan Bulanan dan Laporan Monthly Performance Summary (MPS)

dikemukakan oleh subsidiari untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan

Kumpulan UDA Land (MPKU) yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian UDA

Land.

67.5.2.3. Program Kedai Desa

a. Sejumlah RM30 juta telah diperuntukkan kepada UHB untuk membina 300 unit kedai

desa dalam Program Kedai Desa (PKD) dalam RMKe-10. UHB telah menerima

peruntukan tersebut pada 8 November 2010. Seksyen Pembangunan Premis Desa

(SPPD) di bawah Bahagian UDA Land telah dipertanggungjawabkan untuk

merealisasikan hasrat Kerajaan tersebut. Antara matlamat pembinaan kedai desa

adalah bertujuan untuk mempertingkatkan pendapatan rakyat dan aktiviti ekonomi

masyarakat desa; menyediakan lokasi perniagaan yang mampan, teratur dan

mampu disewa oleh usahawan desa serta mempermudah penduduk desa

mendapatkan bekalan barang keperluan.

b. Konsep pelaksanaan PKD adalah agensi pemilik tanah iaitu Majlis Daerah, Pihak

Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri akan menandatangani perjanjian usaha sama

dengan UHB di mana UHB akan dilantik sebagai pemaju dan diberi kuasa (PA)

penuh bagi memajukan tanah tersebut dengan konsep mereka bentuk, membina

dan menyerahkan kedai desa kepada tuan tanah. Keluasan minima tanah bagi

pembinaan kedai desa adalah tiga perempat ekar berkonsepkan kedai 1 atau

2 tingkat berdasarkan lokasi. Anggaran tempoh masa yang akan diambil untuk

melaksanakan program ini bagi satu-satu lokasi adalah 16 bulan.

c. Semakan Audit mendapati setakat bulan Disember 2011, SPPD telah mengadakan

perbincangan dengan 39 Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha mengenal pasti

tapak yang bersesuaian untuk dibangunkan. Hasil daripada perbincangan tersebut,

pihak UHB telah meluluskan pembinaan kedai desa di 18 buah daerah dengan

pembinaan 99 lot yang berjumlah 192 unit dengan anggaran kos sejumlah

RM27.17 juta seperti di jadual berikut:

DAERAH

JADUAL 67.9

SENARAI PROJEK KEDAI DESA

BIL. ANGGARAN KOS

LOT TINGKAT UNIT

(RM Juta)

Jasin, Melaka 6 2 12 1.75

Muar, Johor 6 1 6 1.26

Ledang, Johor 6 2 12 1.78

Pekan, Pahang 8 2 16 1.63

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!