10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

50.6. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan dan ketidakpatuhan kontraktor/perunding terhadap syarat yang

ditetapkan dan juga kurang prihatin pegawai dan anggota yang terlibat dalam memantau dan

mengurus Kompleks, adalah disarankan supaya KDN mempertimbangkan tindakan seperti

berikut:

50.6.1. Memastikan Pengarah Projek/Wakil mengemukakan arahan secara bertulis kepada

kontraktor untuk membaiki segala kecacatan, ketidaksempurnaan, kekurangan atau

kerosakan yang dikenal pasti dalam tempoh masa yang ditetapkan.

50.6.2. Memastikan tawaran yang paling menguntungkan Kerajaan di samping menjaga

kepentingan Kerajaan supaya bekalan dan perkhidmatan yang diterima di bawah Wang

Peruntukan Sementara adalah yang terbaik dari segi kualiti dan mutu.

50.6.3. Memastikan kontraktor membekalkan reka bentuk, spesifikasi, kuantiti dan harga

kelengkapan serta peralatan secara terperinci.

50.6.4. Memastikan kontraktor menyedia dan mengemukakan kad aset dan inventori yang

lengkap seperti ketetapan kontrak bagi setiap perolehan aset dan inventori. Setiap

Jabatan/Agensi pula hendaklah menyelenggarakan Daftar Aset/Inventori dengan lengkap

dan kemas kini.

50.6.5. Mengambil kira kehendak yang telah ditetapkan dalam projek pembinaan akan

datang dan memastikan penyeliaan dan pemantauan secara berterusan dilakukan semasa

peringkat pembinaan projek untuk menjamin kualiti pembinaan selaras dengan kehendak

kontrak.

50.6.6. Memastikan kemudahan bilik penyimpanan/stor yang disediakan memenuhi aspek

keselamatan yang ditetapkan.

50.6.7. Memastikan latihan bertujuan untuk mengambil alih Kompleks diadakan bagi

menjayakan proses pemindahan teknologi. Pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam

latihan perlulah berpengalaman, mahir dan berjawatan tetap supaya proses ambil alih

Kompleks berjalan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Maklum Balas Terkini Berkaitan Dengan Perenggan Ini Boleh Dirujuk Di Muka Surat 409-418

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan, Pengurusan Kewangan

Dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Bagi Tahun 2011

814 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!