10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Pihak Audit berpendapat MGJV telah mengambil tindakan sewajarnya berkaitan

dengan alam sekitar.

26.5.2.4. Pelantikan Kontraktor

Mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, agensi dikehendaki

memastikan semua urusan berkaitan perolehan Kerajaan dibuat berdasarkan amalan

tadbir urus baik dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan Kerajaan seperti

akauntabiliti awam; diuruskan secara telus; memberi nilai faedah yang terbaik; saingan

terbuka serta adil dan saksama. Semakan Audit terhadap pelantikan kontraktor Projek

Ipoh ke Padang Besar mendapati perkara berikut:

a. Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 18 Julai 2001 memutuskan supaya

Projek Ipoh-Padang Besar ditawarkan kepada Mitsui & Co. Ltd. (Mitsui). Tawaran ini

berdasarkan kesinambungan kerja yang ditawarkan kepada mereka bagi projek

elektrifikasi landasan berkembar Rawang-Ipoh. Pada 14 Ogos 2001, surat niat telah

dikeluarkan oleh Kementerian kepada Mitsui sebagai kontraktor utama bagi kerja

sistem dan pembekalan materials. Seterusnya pada bulan Ogos 2001, surat niat

telah dikeluarkan kepada IRCON International Limited (IRCON) sebagai kontraktor

utama bagi 70% kerja infrastruktur. Manakala baki 30% bagi kerja infrastruktur

ditawarkan kepada konsortium tempatan iaitu DRB-HICOM/Emrail. Seterusnya pada

bulan Oktober 2002, IRCON, Mitsui dan DRB-HICOM/Emrail telah mengemukakan

Cadangan Teknikal dan Kewangan masing-masing. Kos projek yang ditawarkan

oleh 3 kontraktor berkenaan adalah berjumlah RM11.498 bilion.

b. Pada 24 September 2003, MGJV turut mengemukakan Cadangan Teknikal dan

Kewangan dengan tawaran kos projek berjumlah RM8.585 bilion.

c. Memandangkan MGJV menawarkan kos projek yang lebih murah, YAB Perdana

Menteri pada 24 Julai 2003 bersetuju supaya UPE memulakan rundingan dengan

MGJV mengenai Projek Ipoh ke Padang Besar. Perbandingan kos yang ditawarkan

oleh syarikat-syarikat berkenaan adalah seperti di jadual berikut:

PAKEJ

Infrastruktur

JADUAL 26.15

PERBANDINGAN KOS PROJEK YANG DITAWARKAN

KOS TAWARAN KONTRAKTOR

(RM Juta)

DRB-HICOM/

IRCON

MITSUI JUMLAH MGJV

Emrail

70% 5,647 - - 5,647 4,007

30% - 2,448 - 2,448 2,218

Sistem - - 3,403 3,403 2,360

JUMLAH 11,498 8,585

Sumber: KTMB

d. Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan oleh Kementerian kepada MGJV pada

21 Oktober 2003 di mana Kerajaan bersetuju menerima tawaran harga lump sum

berjumlah RM14.45 bilion bagi melaksanakan Projek Landasan Berkembar Elektrik

Antara Ipoh ke Padang Besar dan Seremban ke Johor dalam tempoh 4 tahun serta

tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

e. Bagaimanapun, mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 17 Disember 2003

telah memutuskan untuk menangguhkan projek ini selaras dengan dasar Kerajaan

untuk melaksanakan projek mengikut keutamaan.

371 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!