10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

26 Jun 2012

Turbin kipas yang patah telah dibaiki pada 27 Februari 2012 dan SIRIM Berhad

akan menyerahkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia setelah sistem tersebut

berfungsi dengan baik.

c. Enjin Bot Hilang

i. SIRIM Berhad telah memperuntukkan sejumlah RM1.80 juta untuk

membangunkan Prototaip Sistem Pengkulturan dan Penuaian Secara Raga.

Projek yang dibangunkan ini merangkumi 4 modul iaitu Modul Pengkulturan,

Penuaian, Penapis dan Pembersih. Dalam Modul Penuaian, pihak SIRIM

Berhad dikehendaki membekal satu sistem pengangkutan yang membolehkan

proses penuaian dijalankan secara automatik. Sistem pengangkutan ini adalah

dalam bentuk kapal berkonsepkan catamaran (dual hull) yang direka khas bagi

membolehkan sistem penuaian dipasang di atasnya dan membenarkan kapal ini

untuk melalui pengkulturan dengan mudah.

ii. SIRIM Berhad telah melantik Sri Bugis Ventures Sdn. Bhd. (SBV) sebagai agen

pengangkutan untuk menghantar 2 unit bot catamaran bersama-sama dengan

4 enjin bot dari Pelabuhan Klang ke Tawau melalui Kota Kinabalu. Kos setiap

enjin bot adalah RM37,400. Semakan Audit mendapati 4 enjin bot dengan kos

keseluruhan berjumlah RM149,600 telah hilang dan satu laporan polis

berkenaan kehilangan 4 unit enjin bot catamaran telah dibuat di Kota Kinabalu

pada 1 November 2011. Setakat tarikh pengauditan, semua enjin bot tersebut

masih belum diganti dan ini menyebabkan kelewatan dalam tempoh permulaan

proses penuaian secara komersial. Berdasarkan memorandum persefahaman,

pembekalan sepatutnya dibuat sebelum akhir tahun 2010 supaya proses

penuaian secara komersial dapat dimulakan pada tahun 2011. Bot catamaran

yang dihantar tanpa enjin adalah seperti di bawah:

GAMBAR 16.10

- Bot Catamaran Tanpa Enjin

(Sumber: SIRIM Berhad)

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

26 Jun 2012

Empat unit enjin bot telah diganti oleh SIRIM Berhad.

d. Produk Hiliran Belum Dipasarkan

Pembangunan Produk-produk Kosmetik dan Pembungkusan Produk-produk

Kosmetik yang melibatkan penyelidikan dan pembangunan telah dimulakan pada

2 Mei 2009 dan siap pada 31 Disember 2010. Kedua-dua projek ini diberi

peruntukan sejumlah RM480,000 dan RM120,000 masing-masingnya dan telah

dibelanjakan. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati sehingga akhir tahun 2011

masih tiada kesinambungan proses seterusnya iaitu dari segi pengeluaran dan

pemasaran produk tersebut.

213 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!