10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Semakan Audit selanjutnya mendapati latihan keselamatan dari aspek pendaratan

kecemasan juga tidak pernah dijalankan. Temu bual dengan anggota pasukan PDU

mengenai kebolehan mereka menggunakan alat komunikasi yang dibekalkan dalam

helikopter mendapati mereka tiada pengetahuan untuk menggunakan alat tersebut.

Bagaimanapun, didapati satu taklimat mengenai General Safety Guidelines On Ground

During MEDEVAC telah dikendalikan oleh Layang-Layang Aerospace Sdn. Bhd. di

Hospital Sibu pada 12 Julai 2010. Manakala bagi pasukan PDU, penerangan mengenai

penggunaan alat keselamatan seperti tali pinggang keselamatan dan ear protectors

dalam helikopter diberi oleh juruterbang sebelum setiap penerbangan. Semakan Audit

juga mendapati Layang-Layang Aerospace Sdn. Bhd. telah membeli polisi insurans

nyawa bagi melindungi 4 orang penumpang untuk setiap helikopter yang digunakan

oleh program PDU. Insurans tersebut dibeli dari Chartis Malaysia Insurance Berhad dan

tempoh perlindungan adalah mulai dari 27 Jun 2011 hingga 26 Jun 2012.

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 1 Jun 2012

Memang tidak terdapat klausa tentang keselamatan di dalam dokumen kontrak.

Selain itu, taklimat sebelum setiap penerbangan tidak dibuat memandangkan

pasukan PDU mempunyai ahli pasukan yang tetap. Bagaimanapun, juruterbang

yang terlibat akan memastikan setiap pesawat berada dalam keadaan yang baik

serta cuaca mengizinkan sebelum berlepas. Perkara ini dapat dilihat kepada

pembatalan yang dibuat disebabkan oleh faktor cuaca buruk serta tempat

pendaratan yang tidak sesuai. Kementerian juga telah menyediakan Garis

Panduan Pengurusan PDU yang mana turut menggariskan aspek keselamatan

yang mesti diberi perhatian dalam operasi harian. Ini adalah untuk memastikan

setiap ahli pasukan yang menyertai setiap penerbangan sedia maklum dengan

tatacara perkhidmatan serta perkara yang berkaitan dengan keselamatan

sebelum, semasa dan selepas setiap penerbangan. Kementerian juga akan

memastikan klausa tentang keselamatan dimasukkan dalam kontrak yang akan

datang.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu memastikan aspek keselamatan dimasukkan

dalam kontrak pelaksanaan program PDU yang baru sebaik sahaja kontrak sedia ada

tamat pada tahun 2013. Di samping itu, latihan keselamatan termasuk penggunaan

peralatan komunikasi yang dibekalkan dalam helikopter juga perlu diberi kepada

pasukan PDU.

43.5.2.3. Keadaan Landing Pad Yang Kurang Selamat/Kurang Sesuai

Landing pad yang selamat dan sesuai adalah penting untuk memastikan program PDU

dapat dijalankan bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Temu bual dengan juruterbang

helikopter semasa lawatan Audit pada bulan November 2011 mendapati 7 landing pad

yang kurang selamat dan kurang sesuai untuk pendaratan dan pelepasan helikopter.

Perkara ini berlaku disebabkan terdapat pokok tinggi yang berada terlalu dekat dengan

landing pad, rumput terlalu tinggi dan tanah yang agak becak. Landing pad yang tidak

sesuai boleh menimbulkan risiko berlakunya kemalangan dan juruterbang terpaksa

membuat keputusan untuk tidak mendarat di lokasi berkenaan. Bagi tempoh tahun 2008

hingga 2011, terdapat 69 kali di mana juruterbang tidak dapat mendaratkan helikopter

disebabkan landing pad yang kurang sesuai dan kurang selamat. Pokok tinggi yang

berada terlalu dekat dengan landing pad adalah seperti di gambar berikut:

702 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!