10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Sektor Pengurusan Pembangunan Dan Kemanusiaan dan Unit Perolehan Dan

Pengurusan Aset di bawah Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan.

Manakala mengikut BPPA, kelewatan penyerahan SST kepada kontraktor yang

berjaya adalah disebabkan oleh jadual Mesyuarat Lembaga Perolehan

Kementerian yang padat dengan jumlah tender yang banyak.

Pada pendapat Audit, pengurusan kontrak bekalan makanan bermasak adalah

kurang memuaskan kerana kontrak tidak ditandatangani dan kontrak lewat

ditandatangani. Oleh itu, semua perolehan bekalan makanan bermasak

hendaklah diikat dengan perjanjian secara teratur dan sah serta dalam tempoh

yang ditetapkan bagi menjamin kepentingan kedua-dua pihak. Kementerian

hendaklah meneliti kes perolehan perkhidmatan BMB tanpa perjanjian yang

sah dan mengambil tindakan terhadap mereka yang gagal mematuhi perolehan

kontrak Kerajaan serta membuat bayaran tanpa perjanjian. Selain itu, tempoh

mengeluarkan SST yang terlalu singkat dari tarikh pelaksanaan BMB

menyebabkan Kementerian sukar untuk mengambil tindakan terhadap

kontraktor yang gagal mengemukakan Bon Pelaksanaan.

c. Bon Pelaksanaan Tidak/Lewat Dikemukakan

Mengikut peraturan, Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam tempoh

14 hari dari tarikh SST dan jika petender yang berjaya tidak mengembalikan Bon

Pelaksanaan dalam tempoh yang ditetapkan, kegagalan ini hendaklah dimaklumkan

kepada Lembaga Perolehan untuk memilih petender lain dalam tempoh sah laku

tender. Semakan Audit mendapati 2 kontraktor tidak mengemukakan Bon

Pelaksanaan kepada BPPA iaitu Jansal Enterprise dan Pemborong Akal Sdn. Bhd.

walaupun SST telah dikeluarkan. Adalah didapati Jansal Enterprise tidak

mengemukakan Bon Pelaksanaan seperti yang disyaratkan kerana syarikat ini telah

dihalang melaksanakan perkhidmatan BMB di SM Agama (Arab) An-Nur, Pontian,

Johor oleh Pengetua sekolah. Bagi Pemborong Akal Sdn. Bhd., ia telah

melaksanakan perkhidmatan BMB dari 1 Januari 2008 hingga 31 Ogos 2009 tanpa

sebarang kontrak dan dalam tempoh tersebut syarikat gagal mengemukakan Bon

Pelaksanaan. Selanjutnya, pihak Audit mendapati 10 syarikat telah lewat

mengemukakan Bon Pelaksanaan bernilai RM0.85 juta bagi 10 kontrak bernilai

RM36.78 juta kepada BPPA/JPN. Kelewatan adalah antara 22 hingga 806 hari.

Bagaimanapun, tiada tindakan diambil untuk memilih petender lain walaupun

kontraktor gagal mematuhi syarat yang ditetapkan dalam tempoh yang munasabah.

Butiran kelewatan mengemukakan Bon Pelaksanaan adalah seperti di jadual

berikut:

JADUAL 36.3

KELEWATAN MENGEMUKAKAN BON PELAKSANAAN

SEKOLAH

NAMA

KONTRAKTOR

NILAI

BON

KONTRAK PELAKSANAAN

(RM)

(RM)

SST

TARIKH

BON

PELAKSANAAN

KELEWATAN

SELEPAS

14 HARI

SM Teknik Kajang Perniagaan Almiah 3,750,000 93,750 26.12.2007 04.06.2008 146

SAMT Tengku

Ampuan Rahimah

Unique Rafflesia

Trading

1,512,000 37,800 03.12.2009 04.02.2010 48

SM Sains Sultan

Mahmud

Haniki Bistari Sdn. Bhd. 3,285,120 82,128 17.12.2010 08.02.2011 38

Sekolah Sultan

Alam Shah

Zam Resources Sdn.

Bhd.

Azli Enterprise

6,225,000

4,302,720

103,750

107,568

31.05.2007

17.05.2010

06.07.2007

27.10.2010

22

148

SM Sains Johor,

Kluang

Persatuan Nelayan

Negeri Johor

3,763,200 94,080 17.12.2010 11.02.2011 41

575 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!