10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

284 peminjam mungkir yang telah dikeluarkan Notis 16D dengan baki hutang

berjumlah RM17.37 juta seperti di jadual berikut:

JADUAL 5.24

PECAHAN PEMINJAM MUNGKIR MENGIKUT NEGERI

YANG BELUM DIKELUARKAN SAMAN PEMULA

BAKI HUTANG

NEGERI BIL. PEMINJAM

(RM Juta)

Sarawak 5 0.32

Johor 37 2.13

Kelantan 21 1.14

Kedah 57 2.72

Negeri Sembilan 52 3.91

Perak 62 3.09

Pahang 17 0.81

Selangor 3 0.78

Kuala Lumpur 1 0.30

Melaka 21 1.52

Perlis 2 0.12

Pulau Pinang 3 0.29

Terengganu 3 0.24

JUMLAH 284 17.37

Maklum Balas Bahagian Pinjaman Perumahan Yang Diterima Pada 30 Mei 2012

Kanun Tanah Negara tidak menyatakan had tempoh masa bagi pemfailan Notis 16G

daripada tarikh Notis 16D dikeluarkan. Akta Had Masa 1953 (Seksyen 21)

menyatakan bahawa tempoh masa untuk mengambil tindakan melibatkan gadaian

adalah dalam tempoh 12 tahun daripada tarikh Notis 16D dikeluarkan. Kelewatan

memfailkan Saman Pemula atau Notis 16G disebabkan oleh proses carian alamat,

carian kebankrapan serta peminjam memohon penangguhan bagi menyelesaikan

baki hutang.

d. Peminjam Mungkir Di Bawah Kes Penyerahan Hak (Assignment)

i. Penyerahan hak bermaksud mencagarkan hartanah yang masih tidak

mempunyai hak milik individu/hak milik strata. Bagi kes yang dicagarkan secara

penyerahan hak, surat ikatan penyerahan hak (menerusi jaminan) dan

Perjanjian Pinjaman hendaklah dimeterai. Berdasarkan kepada peruntukan

dalam Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dengan peminjam, jika

peminjam melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan tidak membuat bayaran

balik, Kerajaan Malaysia mempunyai kuasa untuk mendapatkan milikan kosong

bagi harta tersebut. Sebelum tindakan tersebut boleh diambil, Notis

Mendapatkan Milikan Kosong hendaklah dikeluarkan kepada peminjam supaya

menyerahkan milikan kosong harta tersebut dalam tempoh satu bulan kepada

Kerajaan Malaysia daripada tarikh penerimaan notis. Sekiranya tidak

diserahkan, tindakan melelong akan diambil dan segala perbelanjaan akan

ditanggung oleh peminjam.

ii. Semakan Audit mendapati sehingga bulan Ogos 2011, Unit Assignment di

Seksyen Perundangan telah menerima 456 fail bagi kes penyerahan hak

daripada Unit Kawalan Kredit dengan baki hutang berjumlah RM25.77 juta.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 120 (26.3%) peminjam dengan baki hutang

berjumlah RM6.84 juta masih belum dikeluarkan Notis Mendapatkan Milikan

Kosong oleh Unit Assignment. Semakan Audit selanjutnya mendapati berlaku

kelewatan mendaftar masuk fail peminjam oleh Unit Assignment antara satu

66 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!