10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

37. PENGURUSAN BEKALAN UBAT DAN BUKAN UBAT

37.1. LATAR BELAKANG

37.1.1. Kementerian Kesihatan Malaysia (Kementerian) berperanan memastikan

perkhidmatan bekalan ubat dan bukan ubat atau bahan guna habis seperti topeng oksigen,

jarum suntikan dan reagen dapat disediakan mencukupi bagi memenuhi keperluan hospital

dan klinik. Sehubungan itu, Kementerian melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi

bertanggungjawab memastikan pengurusan bekalan ubat di hospital dan klinik berkualiti,

diterima tepat pada masanya serta diagihkan kepada pesakit/wad pada masa yang

munasabah. Manakala Bahagian Perolehan Penswastaan (BP&P) pula bertanggungjawab

mengendalikan urusan perolehan ubat dan bukan ubat di bawah perjanjian konsesi

Approved Price Product List (APPL) oleh Syarikat Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd.

(Syarikat Pharmaniaga), kontrak dan tender terbuka serta terlibat dalam penyediaan dan

penguatkuasaan kontrak.

37.1.2. Di peringkat hospital, Jabatan Farmasi bertanggungjawab terhadap perolehan

bekalan ubat dan bukan ubat. Selain perolehan melalui APPL, perolehan secara tender,

sebut harga serta pembelian terus juga dilakukan. Manakala urusan penerimaan,

penyimpanan, pengeluaran, pengagihan dan pelupusan bekalan ubat dan bukan ubat adalah

di bawah tanggungjawab Stor Utama, Jabatan Farmasi.

37.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan bekalan ubat dan bukan ubat

dibuat secara teratur, cekap, berhemat bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

37.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi aspek perolehan, penerimaan, perekodan, penyimpanan,

pengeluaran, pemantauan, pemeriksaan dan pelupusan ubat dan bukan ubat serta keselamatan

stor bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 yang dilaksanakan di 4 buah hospital iaitu di Hospital

Ampang, Hospital Queen Elizabeth, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Kuala Lumpur.

37.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan dengan menyemak fail, rekod, dokumen dan kontrak serta perbincangan

dengan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dan syarikat pembekal terhadap pengurusan

bekalan ubat dan bukan ubat. Di samping itu, lawatan fizikal juga dilaksanakan ke atas stor

utama dan stor unit di hospital yang terlibat.

37.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Jun hingga Ogos 2011 mendapati pengurusan

bekalan ubat dan bukan ubat adalah kurang memuaskan. Antara kelemahan yang perlu diberi

perhatian oleh Kementerian ialah seperti berikut:

i. penyambungan perjanjian konsesi yang sepatutnya dimuktamadkan pada 30 November

2008 hanya diselesaikan pada bulan Februari 2011;

600 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!