10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

8.5.3.4. Tindakan Guaman Sivil Terhadap Pembayar Cukai

Seksyen 106 ACP 1967 memperuntukkan bahawa amaun yang perlu dibayar oleh

pembayar cukai merupakan satu hutang kepada Kerajaan dan boleh dipungut melalui

tindakan guaman sivil. Arahan Operasi Bil. 6 Tahun 2007 telah dikeluarkan untuk

menyeragamkan tindakan guaman sivil dan menetapkan pembayar cukai syarikat yang

mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM5,000 ke atas dan juga pembayar cukai

individu yang mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM2,000 ke atas perlu diambil

tindakan guaman sivil. Semakan Audit mendapati seramai 18 pembayar cukai belum

dikenakan tindakan guaman sivil walaupun mempunyai tunggakan melebihi jumlah yang

ditetapkan. Tunggakan cukai terlibat adalah berjumlah RM2.83 juta iaitu dengan julat

antara RM3,975 hingga RM375,708 bagi pembayar cukai individu dan RM10,236 hingga

RM1.91 juta bagi pembayar cukai kategori syarikat. Butirannya adalah seperti di jadual

berikut:

JADUAL 8.10

TINDAKAN GUAMAN SIVIL TIDAK DIAMBIL TERHADAP PEMBAYAR CUKAI

YANG MEMPUNYAI TUNGGAKAN CUKAI

KATEGORI

BIL. PEMBAYAR CUKAI

LAYAK DIKENAKAN

TINDAKAN GUAMAN SIVIL

JULAT

(RM)

TUNGGAKAN CUKAI

JUMLAH

(RM)

C 5 10,236 - 1,906,874 2,066,931

OG 10 3,975 - 375,708 575,206

SG 3 15,487 - 116,748 189,735

JUMLAH 18 3,975 - 1,906,874 2,831,872

Maklum Balas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Yang Diterima Pada

13 Jun 2012

Pada masa ini tindakan guaman sivil belum diambil ke atas kes pembayar cukai

tidak bermastautin. Jabatan Undang-undang telah menyediakan Pekeliling

Tindakan Guaman Sivil ke atas majikan yang gagal mematuhi Subseksyen 83(4)

dan 83(5) ACP 1967 untuk kelulusan pengurusan atasan. Pekeliling tersebut

dijangka dikeluarkan pada bulan Ogos 2012. Tindakan sivil ke atas majikan boleh

diambil dengan segera sebaik sahaja Pekeliling tersebut diedarkan kepada

Cawangan Tidak Bermastautin.

Pada pendapat Audit, pungutan cukai daripada aktiviti audit meja adalah kurang

memuaskan dengan seramai 36 pembayar cukai mempunyai tunggakan cukai

berjumlah RM3.36 juta manakala 24 pembayar cukai tidak atau terkurang

dikenakan kenaikan cukai. Selain itu, seramai 19 pembayar cukai yang mempunyai

cukai tertunggak berjumlah RM0.91 juta tidak dikenakan sekatan ke luar negara

dan 18 pembayar cukai belum dikenakan tindakan guaman sivil walaupun

mempunyai tunggakan melebihi jumlah yang ditetapkan.

98 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!