10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

35. Pengurusan Bekalan Makanan Bermasak Di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah

Menengah Teknik/Vokasional Dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

a. Kementerian Pelajaran Malaysia (Kementerian) menyediakan kemudahan makanan kepada

murid yang tinggal di asrama sekolah. Sehingga Jun 2011, Kementerian menguruskan

perolehan bekalan bermasak untuk 1,010 sekolah di seluruh negara. Perkhidmatan Bekalan

Makanan Bermasak (BMB) disediakan berdasarkan menu yang ditetapkan oleh

Kementerian. Makanan dihidangkan sebanyak 5 kali sehari dan bayaran kepada kontraktor

berdasarkan kepada bilangan murid, hari dan kadar harga seorang sehari seperti mana yang

ditetapkan dalam kontrak. Peruntukan berjumlah RM271.23 juta telah diluluskan pada tahun

2011 dan sejumlah RM270.78 juta (99.8%) telah diagihkan. Pengauditan yang dijalankan

mendapati secara keseluruhannya pengurusan BMB di 30 sekolah yang dilawati adalah

kurang memuaskan di mana terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

i. kontrak tidak/lewat ditandatangani, Bon Pelaksanaan tidak/lewat dikemukakan dan

penyimpanan dokumen tender dan kontrak yang tidak teratur;

ii. terdapat syarat kontrak yang tidak dipatuhi, antaranya syarat berkaitan spesifikasi bahan

makanan, perubahan dan modifikasi pesanan perkhidmatan, pekerja kontraktor,

kebersihan dan keselamatan dewan makan; dan

iii. laporan Bulanan Prestasi Kontraktor tidak disediakan oleh pihak sekolah dan

pemantauan terhadap aktiviti bekalan makanan bermasak di Sekolah Agama Bantuan

Kerajaan tidak dijalankan.

b. Pihak Audit mengesyorkan Kementerian melaksanakan perkara seperti berikut:

i. memastikan semua perolehan Kerajaan diikat dengan perjanjian secara teratur dan sah

serta dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi menjamin kepentingan kedua-dua pihak;

ii. bertegas terhadap kontraktor yang gagal menyerahkan Bon Pelaksanaan dalam tempoh

yang ditetapkan dengan membatalkan tawaran tersebut;

iii. meningkatkan penyeliaan dan penguatkuasaan bagi memastikan syarat kontrak dipatuhi

sepenuhnya oleh kontraktor dan tidak bertolak ansur dengan isu kebersihan dan

keselamatan dapur, dewan makan dan persekitarannya;

iv. memastikan Pengetua dan Penyelia Asrama mengawal setiap perubahan dan

pertukaran spesifikasi bahan dan menu makanan oleh kontraktor; dan

v. menggunakan borang yang telah ditetapkan supaya laporan berkenaan aktiviti bekalan

makanan bermasak dan prestasi kontraktor dapat dinilai dan dipantau dengan berkesan.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

36. Pengurusan Bekalan Ubat Dan Bukan Ubat

a. Kementerian Kesihatan Malaysia (Kementerian) berperanan memastikan perkhidmatan

bekalan ubat dan bukan ubat atau bahan guna habis seperti topeng oksigen, jarum suntikan

serta reagen dapat disediakan mencukupi bagi memenuhi keperluan hospital dan klinik. Di

peringkat hospital, Jabatan Farmasi bertanggungjawab terhadap perolehan bekalan ubat

dan bukan ubat. Selain perolehan melalui perjanjian konsesi Approved Price Product List,

perolehan secara tender, sebut harga serta pembelian terus juga dilakukan. Manakala

urusan penerimaan, penyimpanan, pengeluaran, pengagihan dan pelupusan bekalan ubat

dan bukan ubat adalah di bawah tanggungjawab Stor Utama, Jabatan Farmasi. Pengauditan

yang dijalankan mendapati pengurusan bekalan ubat dan bukan ubat adalah kurang

memuaskan. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:

i. asas pengiraan Bon Pelaksanaan berjumlah RM45 juta tidak tepat;

ii. terma perjanjian mengenai pembangunan Pharmaniaga Information System (PhIS)/

Clinic Information System (CPS) lewat dipatuhi antara 30 hingga 240 hari;

xlii RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!