10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Mahkamah Persekutuan (PKPMP) bertanggungjawab terhadap pelaksanaan dan

pemantauan penyenggaraan bangunan KMKL. Kemuncak Facilities Management Sdn. Bhd.

(KFM) telah dilantik untuk kerja penyenggaraan secara rundingan terus oleh Kementerian

Kewangan. Perjanjian penyenggaraan telah ditandatangani pada 14 September 2007 bagi

tempoh 3 tahun (1 Julai 2007 - 30 Jun 2010) dengan nilai kontrak berjumlah RM30.28 juta.

Perjanjian ini telah dilanjutkan bagi tempoh 2 tahun (1 Julai 2010 - 30 Jun 2012) dengan nilai

kontrak RM20.19 juta. Skop perkhidmatan penyenggaraan yang dilaksanakan di KMKL

adalah pemuliharaan bangunan iaitu operasi penyenggaraan secara komprehensif

melibatkan kerja mekanikal, elektrik, sivil dan struktur serta kerja am. Pengauditan yang

dijalankan mendapati secara keseluruhan pengurusan penyenggaraan KMKL adalah

memuaskan. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

i. terdapat beberapa aspek dalam pelaksanaan penyenggaraan yang perlu ditambah baik

bagi meningkatkan keberkesanan penyenggaraan dan memastikan bangunan KMKL

berada dalam keadaan terjaga;

ii. prestasi penyenggaraan fizikal kurang memuaskan seperti berlaku retakan dan

kebocoran pada bangunan; dan

iii. kandungan kontrak tidak jelas seperti nilai bagi setiap jenis kerja tidak dinyatakan secara

terperinci serta tiada peruntukan mengenai pengukuran kualiti, denda dan Key

Performance Indicator (KPI).

b. Pihak Audit mengesyorkan PKPMP dan pihak yang terlibat melaksanakan perkara seperti

berikut:

i. membuat pemantauan secara berkala ke atas kerja penyenggaraan yang dijalankan

oleh pihak KFM bagi menjamin kerja yang dilaksanakan berkesan, berkualiti, mengikut

spesifikasi dan perancangan penyenggaraan;

ii. memperuntukkan klausa penalti, mekanisme pengukuran kualiti kerja dan KPI dalam

kontrak penyenggaraan akan datang;

iii. membaiki retakan dengan segera bagi memastikan ianya tidak menjadi lebih serius dan

kebocoran seperti sebelum ini tidak berulang;

iv. meminta bantuan teknikal daripada JKR untuk mengenal pasti punca sebenar berlaku

retakan dan resapan yang berterusan bagi memastikan kerja penyenggaraan lebih

berkesan;

v. memastikan butiran nilai kerja disediakan secara terperinci bagi mengelakkan bayaran

secara lump-sum bagi memastikan penyediaan kontrak penyenggaraan yang akan

datang dapat dipertingkatkan keberkesanannya. Ianya termasuk tuntutan bayaran yang

lebih terperinci dan jelas; dan

vi. melantik pegawai teknikal dengan segera bagi pemantauan yang melibatkan semakan

dan pengesahan kerja.

Unit Kerjasama Awam Swasta

3. Pengurusan Pembangunan Pelancongan Di Wilayah Ekonomi Koridor

a. Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri adalah agensi pusat yang

dipertanggungjawabkan untuk menyelaras projek-projek Penswastaan dan projek kerjasama

sektor awam-swasta yang memberi impak kepada ekonomi dan boleh diberi suntikan dana

facilitation fund. Antara fungsi UKAS adalah mengkaji, merancang, menyelaras, mengawal,

memudahcara dan menilai pelaksanaan program pembangunan koridor. Pembangunan

Wilayah Ekonomi Koridor merupakan satu inisiatif Kerajaan yang bermula dari RMKe-9 bagi

merapatkan perhubungan antara semua negeri dengan cara mengurangkan jurang

perbezaan sosioekonomi dan struktur antara wilayah. Objektif program pembangunan

xiv RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!