10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

yuran tersebut kepada RM38 bagi memudahkan pengiraan terutamanya dalam

urusan pembelian Wang Kiriman Pos. Penasihat Undang-undang (PUU)

Kementerian Kerja Raya berpandangan bahawa yuran baru bagi kontraktor kelas

F ini tidak bercanggah dengan Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor) 1984 kerana

kenaikan yuran pendaftaran masih mengikut kadar yang ditetapkan dalam

Perintah Fee 1984 tersebut, tetapi mengambil kira tempoh sah laku pendaftaran

yang baru. Pindaan yuran pendaftaran boleh dibuat secara pentadbiran tanpa

meminda Perintah Fee 1984 tersebut.

ii. Disebabkan perbezaan pendapat antara pihak Audit dengan PUU Kementerian

Kerja Raya, pihak Audit telah memohon pandangan kedua daripada Jabatan

Peguam Negara berhubung isu ini. Secara ringkasnya, Jabatan Peguam Negara

berpendapat seperti berikut:

Akta Fee 1951 dan Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor) 1984 tidak

memperuntukkan bahawa pindaan boleh dibuat kepada kadar fi yang

ditetapkan secara pentadbiran. Sehubungan itu, walaupun keputusan untuk

meminda tempoh sah laku pendaftaran kontraktor telah dibuat oleh Jemaah

Menteri, tindakan untuk melaksanakan keputusan tersebut iaitu untuk

meminda tempoh sah laku pendaftaran masih perlu disusuli dengan pindaan

kepada Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor) 1984.

Berdasarkan peruntukan Seksyen 3, Akta Fee 1951 dibaca bersama

Seksyen 4 Akta yang sama, pindaan kepada Perintah Fee (Pendaftaran

Kontraktor) 1984 berhubung yuran dan tempoh sah laku pendaftaran

kontraktor hanya boleh dibuat menerusi satu perintah yang dibuat di bawah

Seksyen 3 Akta Fee 1951 dan hendaklah disiarkan dalam Warta.

Oleh itu, pindaan yuran dan tempoh sah laku pendaftaran kontraktor yang

dilakukan oleh PKK melalui Surat Arahan PKK Bil. 4 Tahun 2005 adalah

tidak teratur dari segi undang-undang.

Pada pendapat Audit, PKK perlu mengambil kira pandangan Jabatan Peguam

Negara mengenai proses perubahan fi dalam Perintah Fee (Pendaftaran

Kontraktor) 1984 supaya selaras dengan kehendak undang-undang.

Maklum Balas Kementerian Kerja Raya Yang Diterima Pada 6 Jun 2012

Semua fungsi pendaftaran PKK kelak akan diambil alih oleh Lembaga

Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Oleh itu, PKK akan

mengambil tindakan untuk membatalkan Perintah Fee 1984 tersebut.

b. Kelas Kontraktor Dalam Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor) 1984 Tidak

Selaras dengan Arahan Perbendaharaan

Mengikut Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor) 1984, kelas kontraktor bagi kerja

awam ialah A1, A, B, BX, C, D, E, EX dan F manakala bagi kerja elektrik ialah I, II,

III, IV, V dan VI. Bagaimanapun, Kelas A1 telah dimansuhkan melalui Surat

Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 9 Tahun 1987 manakala Kelas BX dan EX

telah dimansuhkan melalui SPP Bil. 14 Tahun 2002. Bagi kerja elektrik pula, kelas V

dan VI telah dimansuhkan melalui SPP Bil. 6 Tahun 2007. Semua perubahan

tersebut adalah terkandung dalam Arahan Perbendaharaan 184. Dengan

mengambil kira Arahan Perbendaharaan 184, semakan Audit mendapati kelas

kontraktor seperti yang dinyatakan di dalam Perintah Fee ini tidak selaras dengan

peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.

344 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!