10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Maklum Balas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Yang Diterima Pada

15 Jun 2012

Bagi menangani masalah kelewatan penyelesaian kes, antara langkah yang

diambil adalah tindakan pemantauan terhadap setiap kes belum selesai secara

bulanan dan perbincangan dengan Pegawai Audit Luar dan pembayar cukai

secara berterusan sehingga kes selesai. Selain itu, Jabatan Pematuhan Cukai

LHDNM di Ibu Pejabat juga menjalankan lawatan pemantauan melalui

penyemakan serta memberi teguran dan bantuan teknikal bagi menyelesaikan kes

dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada pendapat Audit, pemantauan terhadap kemajuan kerja bagi setiap fail

individu berpendapatan perniagaan perlu dipertingkatkan untuk memastikan ianya

diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

9.5.3.2. Ketidakjelasan Kod Perniagaan

a. Kod Perniagaan Baru Kurang Terperinci

Mengikut kod perniagaan baru (MISC 2008) yang dipaparkan di laman-web LHDNM,

aktiviti amalan perubatan dan pergigian terbahagi kepada 3 kod seperti berikut:

86201 - Perkhidmatan Perubatan Am

86202 - Perkhidmatan Perubatan Khas

86203 - Perkhidmatan Berkaitan Gigi

Pihak Audit mendapati penggunaan kod 86203 (perkhidmatan berkaitan gigi) adalah

tidak jelas dan kurang terperinci kerana margin keuntungan bagi perkhidmatan

ortodontik jauh lebih tinggi berbanding perkhidmatan pergigian biasa. Sebagai

contoh, perkhidmatan pergigian biasanya terdiri daripada 2 jenis iaitu perkhidmatan

cabut gigi, tampal gigi, cuci gigi dan gigi palsu serta perkhidmatan ortodontik iaitu

mencantikkan kedudukan gigi. Pakej perkhidmatan ortodontik biasanya mengambil

masa 18 bulan dan kos boleh mencecah sehingga RM5,400 dan ke atas.

Kebiasaannya bayaran bagi pakej ini dibuat secara ansuran. Perkhidmatan

ortodontik bagi setiap kali hanya memerlukan masa yang singkat, biasanya kurang

dari 10 minit dan pelanggan perlu membayar sehingga RM300. Bagi doktor

ortodontik yang ternama dan mempunyai ramai pelanggan, mampu memberi

perkhidmatan kepada 50 pelanggan dalam sehari. Ini bermakna, perolehan sehari

perkhidmatan ortodontik kadangkala boleh mencecah sehingga RM15,000 (RM300 x

50 pelanggan).

Maklum Balas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Yang Diterima Pada

15 Jun 2012

Kod perniagaan LHDNM berasaskan kod perniagaan yang telah ditetapkan oleh

Jabatan Perangkaan Malaysia (MSIC 2008).

Pada pendapat Audit, kod perniagaan perlu lengkap dan mengambil kira

semua jenis perniagaan/perkhidmatan. Sehubungan itu, LHDNM dari semasa

ke semasa perlu mencadangkan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia

mengenai jenis perniagaan/perkhidmatan yang wajar diberi kod perniagaan

secara spesifik atas alasan antaranya margin keuntungan yang berbeza

dengan ketara.

110 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!