10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Dalam Negeri Yang Diterima Pada 18 Jun 2012

Bagi mengatasi masalah ini antara tindakan yang telah diambil adalah dengan

mengadakan beberapa siri perbincangan dan rekod tanah di peringkat

JKPTG/Kementerian/PDRM telah diselaraskan, memasukkan syarat guna tanah ke

dalam rekod tanah di semua peringkat, membangunkan Sistem eTaPP di

peringkat JKPTG yang dirancang siap pada 31 Disember 2012 dan

memperluaskan penggunaan sistem tersebut ke peringkat Kementerian bagi

tujuan pengambilan dan pemantauan tanah serta penggunaan Sistem Maklumat

e-Tanah di peringkat Kementerian yang memaparkan rekod tanah, hak milik dan

rizab Persekutuan. Selain itu, Kementerian sedang membangunkan Sistem

Perancangan Pembangunan Kementerian Berasaskan Geographical Information

System (GIS) yang akan diintegrasikan dengan maklumat tanah sedia ada dengan

data geospatial daripada jabatan/agensi luar.

Maklum Balas Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Yang Diterima Pada

22 Jun 2012

Manakala PTP memaklumkan Kementerian perlu melakukan pelarasan rekod

mengikut rekod tanah yang ada di JKPTG. Tempoh 3 bulan diberi kepada

Kementerian untuk menyelaraskan rekod tanah dengan JKPTG.

Pada pendapat Audit, rekod tanah antara JKPTG dengan Kementerian/Jabatan/Agensi

pengguna perlulah dikemas kini dan diselaraskan secara bersama dari semasa ke

semasa untuk tujuan pemantauan dan susulan supaya pemadanan (match making)

tanah Persekutuan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Selain itu, Sistem eTaPP

yang sedang dibangunkan hendaklah memiliki elemen interoperability yang interaktif

supaya semua pengguna dapat menggunakannya secara bersama dan dapat

memperoleh maklumat terkini yang diperlukan bagi memperkemaskan perancangan

pengurusan tanah Kerajaan.

52.5.4. Pemantauan

52.5.4.1. Jawatankuasa Pemantauan Tanah Persekutuan di peringkat Kementerian

telah ditubuhkan pada bulan Julai 2004 bertujuan bagi mengawal selia dan memantau

tanah Kementerian daripada terbiar dan menghindari ancaman pencerobohan. Ia juga

bertujuan untuk mengenal pasti tanah yang diperlukan untuk pembangunan projeknya

atau perlu dibuat pelepasan kepada JKPTG untuk dibuat pemadanan (match making)

bagi memenuhi keperluan tanah oleh Kementerian/Jabatan/Agensi pengguna yang lain.

Ini antara lain untuk memastikan tanah Persekutuan dapat digunakan secara optimum

dan mendatangkan hasil yang maksimum. Mesyuarat jawatankuasa ini yang perlu

diadakan 4 kali setahun hendaklah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha

Kementerian (Pengurusan) dan keahliannya terdiri daripada wakil jabatan dan agensi di

bawah Kementerian. Semakan Audit mendapati mesyuarat hanya diadakan sekali dalam

setahun iaitu bagi tahun 2009 dan 2010 serta dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha,

Bahagian Pembangunan Kementerian dan bukannya oleh Timbalan Ketua Setiausaha

(Pengurusan) Kementerian. Bagi tahun 2011 pula, pihak Kementerian tidak dapat

mengemukakan fail/maklumat mesyuarat untuk semakan Audit.

52.5.4.2. Selain itu, JKPTG juga menubuhkan Jawatankuasa Induk Pemantauan Tanah

Persekutuan untuk tujuan kawalan dan pemantauan tanah Persekutuan dengan

ketetapan mesyuarat sebanyak 2 kali setahun. Mesyuarat dipengerusikan oleh

858 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!