10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dengan ahli mesyuarat terdiri daripada semua

Kementerian/Jabatan/Agensi pengguna tanah Persekutuan, semua PTG negeri, wakil

daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Unit Penyelarasan

Pelaksanaan, JPM dan Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM serta Peguam Kanan

Persekutuan. Semakan Audit terhadap fail mesyuarat berkenaan mendapati ketetapan

mengadakan mesyuarat telah dipatuhi di mana mesyuarat telah diadakan sebanyak

2 kali setiap tahun mulai tahun 2009 hingga 2011 masing-masing pada 26 Mac 2009,

5 November 2009, 8 Jun 2010, 14 Oktober 2010, 24 Mei 2011 dan 25 November 2011

dan dihadiri oleh wakil dari Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan serta Agensi di

bawahnya. Antara perkara yang dibincang, dicadang dan diputuskan dalam mesyuarat

Jawatankuasa ini adalah berkaitan dasar yang patut diikuti oleh Kementerian, Jabatan

dan Agensi pengguna tanah Persekutuan serta hal berkaitan penyenggaraan,

penggunaan dan perolehan tanah Persekutuan.

Maklum Balas Kementerian Dalam Negeri Yang Diterima Pada 18 Jun 2012

Kementerian mengambil maklum akan keperluan mengadakan mesyuarat JPTP

Peringkat Kementerian mengikut peraturan. Mesyuarat JPTP Peringkat

Kementerian Bil. 1/2012 telah diadakan pada 12 Jun 2012 yang dipengerusikan

oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian (Pengurusan) dan dihadiri oleh

wakil daripada JKPTG serta Jabatan/Agensi di bawah Kementerian. Selanjutnya,

Kementerian, Jabatan dan Agensi dengan kerjasama JKPTG sentiasa

mengadakan perbincangan serta mesyuarat penyelarasan berhubung isu tanah

yang lebih spesifik yang diadakan dari semasa ke semasa. Kementerian juga

dengan kerjasama semua pihak khususnya JKPTG sentiasa bersama ke arah

penambahbaikan mekanisme pemantauan tanah dan memastikan jawatankuasa

dapat berfungsi sebagai penggerak kepada agenda pembangunan nasional.

Pada pendapat Audit, Jawatankuasa Pemantauan Tanah Persekutuan Peringkat

Kementerian perlu mengadakan mesyuarat mengikut ketetapan 4 kali setahun bagi

membolehkan sebarang permasalahan berkaitan tanah Persekutuan dibincangkan

dengan lebih kerap supaya satu keputusan dan tindakan selanjutnya boleh diambil

dengan kadar segera. Keberkesanan pengurusan tanah Persekutuan terletak kepada

ketelusan mesyuarat jawatankuasa membincangkan setiap isu tanah serta

memastikan tindakan segera diambil bagi mengatasi segala masalah yang wujud.

52.6. SYOR AUDIT

Bagi memperkemaskan lagi pengurusan tanah PDRM yang belum dibangunkan supaya dapat

dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta untuk mencapai objektifnya, adalah disyorkan

semua pihak terlibat seperti Kementerian, PDRM serta JKPTG memberi pertimbangan yang

sewajarnya terhadap perkara seperti berikut:

52.6.1. Bagi tanah yang belum dibangunkan tetapi dalam perancangan untuk dibangunkan

terutama yang berpotensi untuk mendatangkan hasil, Kementerian boleh

mempertimbangkan untuk tujuan sewaan sementara bagi menampung kos bayaran

penyenggaraan dan cukai/premium tanah di samping mengelakkan ianya daripada

dicerobohi. Selain itu, bagi tanah yang masih belum disewakan dan berpotensi untuk

dicerobohi, peruntukan kewangan yang mencukupi perlu disediakan untuk menyenggara

tanah sedemikian. Pemantauan yang berterusan perlu dilakukan dan laporan dibuat kepada

JKPTG bagi kes pencerobohan yang berlaku supaya tindakan susulan sewajarnya dapat

dibuat dengan segera.

859 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!