10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

pada bulan Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan yang gagal disiapkan setelah

mendapat persetujuan daripada JKR. Sehingga 31 Disember 2011, kemajuan kerja di tapak

adalah 76.5%. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pembinaan

projek ini adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam

perancangan dan pelaksanaan yang boleh menjejaskan objektif pembinaannya. Antara

kelemahan yang diperhatikan adalah seperti berikut:

i. kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan di mana 4 Perakuan

Kelambatan Dan Lanjutan Masa selama 891 hari iaitu sehingga 30 Ogos 2012 telah

diluluskan;

ii. nilai kontrak semasa dijangka akan meningkat kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan

sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta.

Peningkatan nilai kontrak ini juga mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah

RM20.61 juta yang masih belum diluluskan;

iii. masalah reka bentuk sistem cerucuk yang mengambil masa sehingga 2 tahun untuk

diselesaikan telah menjadi antara punca kelewatan penyiapan projek dan kenaikan kos;

iv. kelewatan membina jambatan sementara menyebabkan kerja-kerja dalam sungai tidak

dapat dijalankan mengikut jadual; dan

v. pelantikan kontraktor yang tidak berpengalaman.

b. Pihak Audit mengesyorkan Kementerian/Jabatan Kerja Raya mengambil tindakan seperti

berikut:

i. memastikan masalah di tapak projek diselesaikan terlebih dahulu supaya kerja dapat

dilaksanakan mengikut jadual;

ii. mempertingkatkan koordinasi antara Pihak Berkuasa Tempatan, pihak utiliti dan agensiagensi

lain yang terlibat di tapak pembinaan supaya masalah dapat diselesaikan dengan

lebih cepat dan berkesan;

iii. memastikan masalah reka bentuk sistem cerucuk diselesaikan terlebih dahulu bagi

mengelakkan kelewatan pembinaan;

iv. melantik lead consultant bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek; dan

v. JKR perlu memastikan pihak kontraktor membina jambatan sementara mengikut jadual

yang telah ditetapkan kerana kerja-kerja dalam sungai adalah bahagian paling kritikal

bagi projek ini.

23. Pengurusan Pendaftaran Kontraktor Di Pusat Khidmat Kontraktor

a. Pusat Khidmat Kontraktor ditubuhkan pada 30 Jun 1981 dengan nama Pusat Penyelarasan

Khidmat Kontraktor-kontraktor Bumiputera (PUSAKABUMI) dan diletakkan di bawah Unit

Penyelarasan Dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Pada 1 Januari 1987, namanya

ditukar kepada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sesuai dengan pertambahan fungsi dan

bidang kuasanya. Pada bulan April 2009, PKK diserapkan ke Kementerian Kerja Raya

(KKR). Sehingga 30 Jun 2011, jumlah keseluruhan kontraktor yang berdaftar dengan PKK

adalah 44,630 iaitu 41,006 kontraktor kerja awam dan 3,624 kontraktor kerja elektrik. Tugas

dan tanggungjawab PKK antara lainnya adalah selaku Pusat Pendaftaran bagi semua

kontraktor kerja di peringkat Persekutuan dan Negeri; memberi pengiktirafan Bumiputera

kepada kontraktor yang berkelayakan dan memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada

kontraktor Bumiputera yang melaksanakan kontrak tetapi terhad kepada Jabatan/Agensi

Kerajaan yang tidak mempunyai unit khasnya sendiri untuk memberi bantuan kepada

mereka. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pengurusan

pendaftaran kontraktor adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan

seperti berikut:

xxxi RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!