10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

26. PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK ANTARA IPOH KE PADANG BESAR

26.1. LATAR BELAKANG

26.1.1. Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Ipoh Ke Padang Besar (Projek Ipoh ke

Padang Besar) merupakan sambungan kepada Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara

Rawang Ke Ipoh sepanjang 179 km yang telah disiapkan pada 31 Disember 2007. Projek

Ipoh ke Padang Besar sepanjang 329 km bertujuan meningkatkan keupayaan laluan

landasan dan meningkatkan daya saing serta kemajuan perkeretapian di Malaysia bagi

mengurangkan penggantungan penggunaan jalan raya dan lebuh raya terutama bagi

perjalanan antara bandar serta pengangkutan barang bagi destinasi yang jauh.

26.1.2. Kontraktor utama bagi Projek Ipoh ke Padang Besar ialah MMC Gamuda Joint

Venture Sdn. Bhd. (MGJV) yang dilantik pada 13 Disember 2007 secara rundingan terus

dengan pelaksanaan projek secara reka dan bina. Kos projek (meliputi pakej infrastruktur

dan pakej sistem) adalah bernilai RM12.485 bilion dan tempoh menyiapkan projek ialah

60 bulan iaitu mulai 8 Januari 2008 hingga 7 Januari 2013.

26.1.3. Pegawai Penguasa bagi projek ini ialah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian

Pengangkutan manakala Pengurus Besar Pengurusan Projek, Keretapi Tanah Melayu

Berhad (KTMB) dilantik sebagai Wakil Pegawai Penguasa (SOR). Konsortium Kinta

Samudra-Emenea-Techart (KSET) telah dilantik sebagai Perunding Pengurusan Projek

(Project Management Consultant - PMC) untuk memantau pelaksanaan projek serta

menjaga kepentingan Kerajaan. KSET telah dilantik pada 24 Februari 2009 oleh

Kementerian Pengangkutan (Kementerian) dengan kos siling berjumlah RM256.96 juta.

26.1.4. Projek Ipoh ke Padang Besar merangkumi pembinaan Jajaran Utama (spine line)

sepanjang 319 km dari Ipoh, Perak ke Padang Besar, Perlis dan Jajaran Cabang (spur line)

di Pulau Pinang, iaitu dari Bukit Mertajam ke Butterworth sepanjang 10 km. Pelan Projek

adalah seperti di rajah berikut:

RAJAH 26.1

PELAN PROJEK LANDASAN BERKEMBAR

ELEKTRIK ANTARA IPOH KE PADANG BESAR

358 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!