10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

35. PEROLEHAN PERALATAN MATA PELAJARAN ALIRAN VOKASIONAL (MPAV)

DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK/VOKASIONAL

35.1. LATAR BELAKANG

35.1.1. Kementerian Pelajaran Malaysia (Kementerian) telah memperkenalkan Program

Pendidikan Teknikal Dan Vokasional sebagai satu usaha untuk memberi peluang kepada

pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap pendidikan sains dan teknologi

memenuhi tenaga kerja dalam bidang perindustrian negara. Sehubungan itu, pada tahun

1999 semua Sekolah Menengah Vokasional telah dinaiktarafkan sebagai Sekolah

Menengah Teknik, namun ditukar semula menjadi Sekolah Menengah Vokasional pada

tahun 2010 bagi memartabatkan pendidikan vokasional. Sehingga akhir tahun 2010,

terdapat 88 buah Sekolah Menengah Teknik/Vokasional di seluruh negara yang terlibat

dalam pembelajaran teknikal/vokasional.

35.1.2. Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional (BPTV) adalah bertanggungjawab

untuk menentukan pelaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional secara

berterusan. Untuk merealisasikan Program Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Kerajaan

telah meluluskan peruntukan berjumlah RM76.83 juta di bawah RMKe-9 bagi tujuan

perolehan peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) di Sekolah Menengah

Teknik/Sekolah Menengah Vokasional (SMT/SMV). Daripada jumlah tersebut, peruntukan

bagi perolehan sebanyak 1,293 item peralatan berjumlah RM63.02 juta untuk 85 SMT/SMV

di seluruh negara telah diuruskan secara bersama oleh Bahagian Perolehan Dan

Pengurusan Aset (BPPA) dan BPTV melalui tender terbuka yang melibatkan 14 syarikat.

Tempoh kontrak bagi membekalkan peralatan tersebut bermula pada 14 September 2009

hingga 13 September 2011. Baki peruntukan perolehan berjumlah RM13.81 juta pula diurus

oleh BPTV serta disalurkan kepada 85 SMT/SMV di seluruh negara untuk tujuan perolehan

secara sebut harga atau/dan pembelian terus.

35.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada perolehan peralatan mata pelajaran aliran

vokasional di SMT/SMV telah dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berhemat bagi mencapai

objektif yang ditetapkan.

35.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap perolehan

peralatan MPAV di SMT/SMV bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011. Pengauditan telah

dijalankan di peringkat Kementerian serta 20 sekolah terpilih iaitu 4 sekolah di Sabah; 2 sekolah

di Perlis; 4 sekolah di Kedah; 5 sekolah di Johor dan 5 sekolah di Pahang.

35.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan telah dijalankan dengan menyemak fail, dokumen dan rekod serta menganalisis

data yang berkaitan dengan perolehan peralatan MPAV di peringkat Kementerian dan di

20 SMT/SMV terpilih. Selain itu, pemeriksaan fizikal, temu bual dengan pegawai berkaitan dan

edaran borang soal selidik kepada sekurang-kurangnya seorang guru dan 10 pelajar bagi setiap

551 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!