10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

66.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada:

66.2.1. prestasi kewangan RapidKL adalah memuaskan atau sebaliknya dan menentukan

faktor yang menyumbang kepada prestasi tersebut;

66.2.2. pengurusan aktiviti RapidKL telah dilaksanakan dengan teratur, berhemat serta

mencapai objektif yang ditetapkan; dan

66.2.3. pengurusan kewangan dan tadbir urus korporat RapidKL adalah selaras dengan

peraturan yang ditetapkan.

66.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi aspek pengurusan, kewangan dan aktiviti utama RapidKL dari

tahun 2009 hingga 2011. Aktiviti utama RapidKL meliputi operasi 2 aliran tren dan pengangkutan

bas. Semakan terhadap dokumen telah dibuat di pejabat RapidKL, MKD, SPNB dan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

66.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak dokumen dan rekod kewangan serta aktiviti

syarikat. Analisis terhadap penyata kewangan dijalankan untuk mengetahui kedudukan

kewangan syarikat. Selain daripada perbincangan serta temu bual dengan pegawai yang

bertanggungjawab, pemeriksaan fizikal depoh, bengkel dan bas juga telah dijalankan. Soal

selidik telah dikemukakan kepada pelanggan RapidKL untuk mendapatkan pandangan mereka

ke atas perkhidmatan yang disediakan.

66.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Jun hingga Ogos 2011 mendapati pada umumnya,

RapidKL telah mengendalikan perkhidmatan tren dan bas selaras dengan mandat yang

diberikan. RapidKL telah menerima pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi perkhidmatan tersebut

daripada Sirim Qas International Sdn. Bhd. bagi tempoh bulan Disember 2011 hingga Disember

2013. Namun begitu, pihak Audit mendapati beberapa kelemahan dari aspek kewangan dan

pengurusan aktiviti seperti berikut:

i. prestasi kewangan RapidKL kurang memuaskan di mana syarikat telah mengalami

kerugian pada tahun 2008 dan 2010 walaupun mencatatkan keuntungan pada tahun

2009. Keuntungan yang dicatatkan pada tahun 2009 adalah disebabkan penerimaan

peruntukan Kerajaan berjumlah RM112.23 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.

Setakat 31 Disember 2010, kerugian terkumpul RapidKL berjumlah RM293.82 juta;

ii. berlaku perbezaan dalam rekod kutipan tunai bagi perkhidmatan tren dan bas pada

tahun 2009, 2010 dan 2011. Antara sebab berlakunya perbezaan ini ialah kelemahan

pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipan RapidKL yang

kurang memuaskan;

iii. walaupun RapidKL secara amnya telah mencapai sasaran bilangan bas sedia guna

pada tahun 2009 hingga 2011, analisis Audit mendapati bagi 4 model bas, bilangan bas

sedia guna hanya mencapai kurang 50% daripada keseluruhan bas sebenar pada 30

Jun 2011. Model bas yang terlibat adalah Dong Feng 120 (41.7%), Dong Feng 75

(37.3%), Iveco (46.4%) dan King Long Suzhou (47.9%). Ini antaranya disebabkan jadual

penyenggaraan berkala tidak disediakan, sebaliknya penyenggaraan hanya dibuat

berdasarkan keperluan dan kerosakan dari semasa ke semasa; dan

996

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!