10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

61.5.3. Laporan Portfolio Pelaburan Bahagian MKD

Laporan Ketua Audit Negara tahun 2010 telah membangkitkan tentang tanggungjawab MKD

sebagai sebuah syarikat pelaburan Kerajaan (GLIC) untuk memantau prestasi dana pelaburan

termasuk menyediakan laporan disatukan terhadap portfolio keseluruhan pelaburan di bawahnya

sepertimana amalan terbaik di dalam Manual Transformasi GLC. Semakan Audit mendapati

pada bulan April 2012, MKD telah menyediakan draf rangka kerja pelaporan portfolio

pelaburannya namun begitu ianya masih dalam peringkat perbincangan. Penyediaan laporan

portfolio ini boleh membantu meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan MKD di samping

memantau prestasi setiap pelaburannya.

Maklum Balas Menteri Kewangan Diperbadankan Dan Penswastaan Yang Diterima

Pada 28 Jun 2012

Laporan interim portfolio pelaburan telah dikemukakan kepada YB Menteri

Kewangan II untuk makluman beliau berhubung prestasi syarikat-syarikat MKD.

Selanjutnya, Bahagian MKD (BMKD) kini dalam tindakan menyediakan laporan

akhir bagi tahun kewangan 2011 berdasarkan parameter yang menyeluruh bagi

menilai prestasi sebenar syarikat MKD.

Pada pendapat Audit, usaha MKD ini perlu dipertingkatkan bagi memastikan penyediaan

rangka kerja laporan portfolio disegerakan secara komprehensif dan dilaporkan kepada

Menteri Kewangan secara berkala.

61.5.4. Pemakaian Pekeliling/Arahan Mengenai Syarikat Kerajaan

61.5.4.1. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2010 telah membangkitkan tentang

kesedaran dan pemakaian pekeliling/arahan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan

Malaysia. Semakan Audit mendapati MKD telah mengkaji pekeliling/arahan sedia ada dan

telah mengeluarkan beberapa pekeliling dan surat arahan seperti berikut:

a. Dasar berkaitan Subsidiari Syarikat MKD;

b. Dasar Dan Garis Panduan Pelantikan Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan

Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Syarikat;

c. Cadangan Semakan dan Penyeragaman Kadar Elaun Lembaga Pengarah Bagi

Institusi Kewangan Pembangunan;

d. Bayaran Elaun Lembaga Pengarah Syarikat MKD; dan

e. Urusan Korporat, Kewangan dan Prosedur Perolehan Syarikat MKD

61.5.4.2. Semakan Audit mendapati MKD juga masih meneliti Dasar dan Garis Panduan

Bayaran Bonus Syarikat MKD pada masa kini.

Maklum Balas Menteri Kewangan Diperbadankan Dan Penswastaan Yang Diterima

Pada 28 Jun 2012

Taklimat akan diberikan kepada syarikat berkenaan sekiranya didapati

sebahagian besar syarikat tidak memahami dasar yang dikeluarkan.

Pada pendapat Audit, semakan semula pekeliling dan surat arahan yang dilaksanakan

oleh MKD adalah satu usaha yang baik untuk memastikan tadbir urus syarikat yang

baik. Sehubungan itu, bagi memastikan pengurusan syarikat benar-benar faham

tentang kehendak pekeliling dan surat arahan yang dikeluarkan, satu sesi penerangan

hendaklah dibuat kepada syarikat MKD. Wakil Kerajaan juga perlu mendapat

928 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!