10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Yang Diterima Pada 13 Jun 2012

Antara sebab peralatan gagal berfungsi ialah teknologi “outdated”, kes

vandalisme; masalah mendapatkan bekalan alat ganti serta keperluan untuk

menanggalkan peralatan akibat daripada kerja yang dilaksanakan oleh pihak

ketiga di lokasi tersebut.

32.5.5. Pengurusan Traffic Management Centre

Mengikut syarat kontrak, syarikat konsortium perlu membina Traffic Management Centre

(TMC) di mana semua maklumat trafik yang diperoleh akan diintegrasikan, diproses dan

disebarkan kepada pengguna secara online melalui paparan VMS dan lain-lain media IT.

Bangunan TMC ini yang melibatkan kos berjumlah RM36.87 juta (termasuk provisional cost

sebanyak RM14.30 juta) dibina atas tanah PT.4785 HS(D) seluas 3.15 ekar di Bukit Jalil

yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Bangunan TMC setinggi 4 tingkat

menempatkan antaranya pejabat, perpustakaan, kafeteria, pusat operasi, pusat panggilan,

pusat simulasi dan bilik mesyuarat. Berikut adalah hasil semakan Audit terhadap

pengurusan TMC:

32.5.5.1. Semakan Audit terhadap pajakan tanah TMC mendapati DBKL telah membuat

permohonan memajak tanah selama 99 tahun pada bulan Jun 2005 kepada Jabatan

Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dengan nilai nominal RM10 setahun untuk

tempoh 99 tahun. Bagaimanapun, permohonan tersebut ditolak pada bulan Januari 2006

atas alasan tanah tersebut telah dipajak kepada Technology Park Malaysia (TPM) dan

DBKL dinasihatkan untuk berurusan dengan TPM. Bagaimanapun, semakan Audit

mendapati perkara berikut:

a. Head Lease Agreement antara TPM dengan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan hanya

dimeterai pada bulan Mei 2006 iaitu 4 bulan selepas penolakan permohonan

pajakan tanah oleh JKPTG.

Maklum Balas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Yang Diterima Pada 13 Jun 2012

Kelewatan memuktamadkan Head Lease Agreement di antara TPM dengan PTP

adalah di luar kawalan DBKL disebabkan obligasi untuk memuktamadkan Head

Lease Agreement terletak pada TPM. Berdasarkan kepada minit mesyuarat dan

surat berkaitan, kelewatan untuk memeterai Head Lease Agreement adalah

disebabkan TPM gagal mengambil tindakan tegas untuk memuktamadkan

perjanjian pajakan dengan PTP dan tiada dokumen berkaitan telah

disempurnakan oleh TPM bagi tujuan pajakan kecil di antara TPM dengan DBKL

selaras dengan keperluan Kanun Tanah Negara 1965.

b. Lanjutan daripada perkara tersebut, DBKL perlu memajak kecil (sub-lease) tanah

daripada TPM dan memeterai perjanjian berkaitannya. Semakan Audit mendapati

Perjanjian Pajakan Kecil antara TPM dengan DBKL hanya disempurnakan pada

bulan Disember 2006 iaitu 12 bulan selepas kerja pembinaan bangunan TMC

disiapkan pada bulan Disember 2005. Berikutan penolakan permohonan pajakan

tanah oleh JPKTG tersebut, pihak DBKL terpaksa membayar RM8.49 juta bagi

tempoh pajakan pertama selama 30 tahun. Pajakan ini akan diperbaharui untuk

tempoh 30 tahun dan 29 tahun berikutnya dengan syarat Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan masih meneruskan pemajakan tanah ini kepada TPM. Pihak DBKL

perlu membayar sewa pajakan yang dipersetujui bagi tempoh lanjutan yang

seterusnya. Selain itu, sungguhpun Kerajaan telah membelanjakan sejumlah

495 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!