10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

27. PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK ANTARA SEREMBAN KE GEMAS

27.1. LATAR BELAKANG

27.1.1. Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Seremban Ke Gemas (Projek

Seremban-Gemas) melibatkan peningkatan taraf infrastruktur dan kemudahan

perkhidmatan keretapi di antara Seremban ke Gemas. Projek ini bertujuan memberi

manfaat dari segi penambahbaikan tahap keselesaan dan keselamatan operasi tren yang

meliputi aspek kelajuan, kekerapan, kapasiti dan kecekapan perkhidmatan.

27.1.2. Projek ini dilaksanakan oleh IRCON International Limited, India (IRCON) yang

dilantik melalui kaedah rundingan terus dan dilaksanakan secara reka dan bina dengan

kontrak bernilai RM3.450 bilion. Surat Setuju Terima telah dikeluarkan pada 26 Disember

2007 dan perjanjian kontrak dimeterai pada 16 Mei 2008. Tempoh pelaksanaan projek ialah

48 bulan iaitu bermula 18 Januari 2008 hingga 17 Januari 2012. Projek ini mempunyai

2 tarikh siap kerja iaitu 17 Julai 2010 bagi Seksyen Seremban-Sg. Gadut dan 17 Januari

2012 bagi Seksyen Sg. Gadut-Gemas.

27.1.3. Superintending Officer (SO) projek ialah Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian

Pengangkutan dan Superintending Officer’s Representative (SOR) ialah Pengurus Besar

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). KLIA Consultancy Services Sdn. Bhd. (KLIACS)

telah dilantik sebagai Perunding Pengurusan Projek (Project Management Consultant-PMC)

pada 22 Januari 2009 dengan kos berjumlah RM71.49 juta (termasuk kos imbuhan balik

RM1.24 juta dan cukai perkhidmatan RM3.34 juta).

27.1.4. Projek Seremban-Gemas mempunyai 2 pakej iaitu pembinaan infrastruktur serta

membangunkan sistem semboyan, komunikasi dan elektrifikasi. Antara lainnya komponen

infrastruktur merangkumi pembinaan landasan berkembar elektrik sepanjang 98.12 km dan

5 stesen baru di Sg. Gadut, Rembau, Tampin, Batang Melaka dan Gemas serta satu

perhentian iaitu Hentian Senawang. Had laju reka bentuk bagi landasan adalah 160 km

sejam dan had laju operasi 140 km sejam atau 90 km sejam bagi tren barang. Pelan projek

adalah seperti di rajah berikut:

RAJAH 27.1

PELAN PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK

ANTARA SEREMBAN KE GEMAS

386 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!