10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT

46. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

- PROGRAM SKIM BANTUAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

46.1. LATAR BELAKANG

46.1.1. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan agensi di bawah Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (Kementerian) yang bertanggungjawab

untuk melaksanakan program bagi membantu membangunkan golongan yang kurang

bernasib baik ke arah kesejahteraan sosial. Antara program yang dilaksanakan bagi

mencapai objektif JKM adalah Bantuan Kebajikan Masyarakat yang melibatkan 10 skim

bantuan. Di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan, kesemua skim bantuan ini adalah

dalam bentuk bantuan kewangan yang diberi kepada individu atau keluarga yang

berkelayakan.

46.1.2. Objektif pemberian bantuan JKM adalah untuk membantu individu/keluarga yang

tidak berkemampuan dan berkeperluan supaya dapat mengurangkan atau meringankan

kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu ataupun sehingga sesuatu tempoh

setelah keadaan mereka dapat dipulihkan untuk berdikari. Jumlah keseluruhan penerima

bantuan, peruntukan yang diluluskan dan perbelanjaan sebenar bagi tempoh tahun 2009

hingga 2011 adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 46.1

PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN BAGI TEMPOH TAHUN 2009 HINGGA 2011

TAHUN

PENERIMA

BANTUAN

PERUNTUKAN

YANG DILULUSKAN

PERBELANJAAN

SEBENAR

(Orang)

(RM Juta)

(RM Juta) (%)

2009 353,889 774.77 765.25 98.8

2010 424,526 1,026.75 1,015.60 98.9

2011 457,724 1,210.70 1,199.11 99.0

JUMLAH 3,012.22 2,979.96 98.9

46.1.3. Bahagian Sosio-ekonomi Dan Bantuan di JKM bertanggungjawab menyelaras dan

mengawal selia pelaksanaan program bantuan ini di semua negeri. Bagi urusan penerimaan

permohonan, proses siasatan, kelulusan, pembayaran bantuan bulanan dan kajian semula

kes, ia adalah di bawah tanggungjawab Unit Sosio-ekonomi Bantuan, Pejabat Kebajikan

Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian (PKMD/J/B). Bagi memastikan program bantuan

kebajikan ini diuruskan dengan sempurna, JKM peringkat Ibu Pejabat telah mengeluarkan

pekeliling dalaman, arahan kerja dan prosedur kualiti yang berkaitan dengan pengendalian

bantuan kebajikan seperti yang terkandung di dalam MS ISO 9001:2000.

46.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menentukan sama ada Program Bantuan Kebajikan

Masyarakat bagi 3 skim iaitu Bantuan Orang Tua (BOT), Elaun Pekerja Cacat (EPC) dan

Bantuan Kanak-kanak (BKK) telah dilaksanakan dengan teratur dan cekap bagi mencapai

objektif yang ditetapkan.

736 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!