10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

mana Jawatankuasa Lanjutan Masa hanya meluluskan permohonan tersebut pada 31

Oktober 2011 iaitu 16 hari selepas tamat tempoh kontrak pada 15 Oktober 2011.

Maklum Balas Kementerian Kerja Raya Yang Diterima Pada 15 Jun 2012

Kelewatan tersebut adalah disebabkan oleh kegagalan pihak kontraktor

mengemukakan permohonan lanjutan masa berserta dokumen sokongan yang

lengkap.

58.2.7. Bayaran Interim hendaklah dilaksanakan berdasarkan kepada syarat kontrak iaitu

pada setiap bulan mengikut penilaian oleh Pegawai Pengesyor dan diperakukan oleh

Pegawai Penguasa menggunakan Sijil Perakuan Bayaran (JKR66-Pind.1/99). Mengikut

syarat kontrak dengan Prodabena Sdn. Bhd., bayaran interim hendaklah dibuat kepada

kontraktor tersebut dalam tempoh 14 hari selepas Perakuan dikeluarkan. Manakala

mengikut syarat kontrak dengan Takdir Permai (M) Sdn. Bhd., bayaran interim hendaklah

dibuat kepada kontraktor tersebut dalam tempoh 30 hari selepas Perakuan dikeluarkan.

Semakan Audit mendapati berlaku kelewatan dalam membuat bayaran interim iaitu antara

12 hingga 84 hari.

Maklum Balas Kementerian Kerja Raya Yang Diterima Pada 15 Jun 2012

Berdasarkan maklum balas daripada pihak JKR Kedah, punca kelewatan proses

pembayaran kepada Prodabena Sdn. Bhd. adalah disebabkan oleh peruntukan

lewat diterima. Manakala antara punca kelewatan proses pembayaran kepada

Takdir Permai (M) Sdn. Bhd. adalah faktor lokasi pejabat perunding ukur bahan

berjauhan dengan Ibu Pejabat JKR Kedah dan JKR Langkawi. Bagaimanapun,

tindakan susulan bagi mempercepatkan proses pembayaran kepada kontraktor

telah pun diambil bagi memastikan kelewatan tidak berlaku selaras dengan surat

KPKR Bil. 9/2011 bertarikh 7 September 2011.

58.2.8. Bilik lokap dibina bertujuan untuk menempatkan tahanan dan perlu mempunyai ciriciri

reka bentuk keselamatan yang bersesuaian. Semakan Audit mendapati saiz tingkap bilik

lokap yang dibina adalah luas iaitu berukuran 240cm x 60cm. Isu saiz tingkap bilik lokap ini

juga telah dibangkitkan oleh Inspektorat Keselamatan Fizikal dari Pejabat Ketua Pegawai

Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri semasa lawatan fizikalnya pada

23 November 2011. Sehubungan itu, JKR telah disyorkan supaya menjalankan tindakan

penutupan sepenuhnya tingkap bilik lokap dengan batu bata dan simen serta ventilation fan

dipasang di bilik tersebut bagi tujuan pengudaraan.

GAMBAR 58.1 GAMBAR 58.2

Bilik Lokap, Bangunan Utama

- Ruang Tingkap Bilik Lokap Yang Luas

(29.11.2011)

Bilik Lokap, Bangunan Utama

- Ruang Tingkap Bilik Lokap Telah Ditutup

(Sumber Gambar: Jabatan Kerja Raya - 22.05.2012)

905 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!