10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

yang dijanjikan. Borang aduan terjemahan dikepilkan bersama bahan terjemahan

semasa diserahkan kepada pelanggan. Sekiranya tiada maklum balas daripada

pelanggan dalam tempoh masa 7 hari bekerja daripada tarikh nota hantaran, adalah

dianggap pelanggan berpuas hati dengan bahan terjemahan yang dihantar. Selain

itu, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, borang maklum balas pelanggan

disediakan di kaunter khidmat pelanggan. Aduan pelanggan dipantau oleh Bahagian

Perhubungan Awam di bawah Jabatan Korporat. Bagi aduan melibatkan kerja

terjemahan, aduan tersebut disusul ke Bahagian Terjemahan Dokumen untuk

diambil tindakan pembetulan. Semakan Audit mendapati pada tahun 2011, hanya 4

aduan diterima daripada pelanggan berkaitan khidmat terjemahan berbanding 16

aduan pada tahun 2010. Aduan yang diterima dan diselesaikan bagi tempoh tahun

2008 hingga 2011 adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 63.11

ADUAN DITERIMA DAN DISELESAIKAN BAGI TEMPOH TAHUN 2008 HINGGA 2011

TAHUN BIL. ADUAN

BIL. ADUAN

DISELESAIKAN

BIL. ADUAN BERKAITAN

AKTIVITI UTAMA

2008 20 20 12

2009 17 17 5

2010 23 23 16

2011 5 5 4

JUMLAH 65 65 37

Pada pendapat Audit, prestasi aktiviti pada umumnya adalah baik di mana

terdapat peningkatan output dari tahun ke tahun dari segi dokumen yang

diterjemahkan, kursus yang diadakan serta acara yang melibatkan khidmat

kejurubahasaan.

63.5.2.2. Pengurusan Aktiviti

Aktiviti utama ITBM terdiri daripada khidmat terjemahan buku dan penerbitan, khidmat

terjemahan dokumen, khidmat latihan/bengkel dan khidmat kejurubahasaan. Khidmat

terjemahan buku dan penerbitan diuruskan oleh Bahagian Terjemahan Buku dan

Bahagian Penerbitan; khidmat terjemahan dokumen diuruskan oleh Bahagian

Terjemahan Dokumen manakala Bahagian Latihan/Kejurubahasaan bertanggungjawab

terhadap khidmat latihan/bengkel serta khidmat kejurubahasaan. Pada keseluruhannya

ITBM telah mematuhi prosedur kerja yang ditetapkan dan bayaran kepada penterjemah

luar/sambilan, tenaga pengajar serta jurubahasa telah dibuat mengikut kadar yang

ditetapkan. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati beberapa kelemahan dalam

urusan aktiviti ITBM seperti berikut:

a. Projek e-KAMUS Dan e-BOOK Gagal Mencapai Objektif

Objektif pembangunan Sistem Kamus Elektronik Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris

(e-Kamus) adalah untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan

rakyat Malaysia. Manakala Sistem Buku Elektronik (e-Book) adalah projek sosial di

mana pelajar luar bandar dapat membaca buku secara percuma melalui e-Book

reader. KPM telah memperuntukkan sejumlah RM1.4 juta untuk kedua-dua projek

ini. ITBM telah melantik Amaniz IT Consultants Sdn. Bhd. (Amaniz) pada 1

November 2007 secara tender terbuka bagi membekal, mengedar, memasang,

menguji guna, mengawal selia dan khidmat sokongan untuk e-Kamus dan e-Book.

Nilai kontrak adalah berjumlah RM2.05 juta dan kontrak telah ditandatangani pada

29 November 2007. Syarikat 3F Resources Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai

perunding dengan kos RM40,000 untuk menilai dan memastikan projek e-Kamus

dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Skop kerja adalah seperti di

jadual berikut:

940 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!