10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

ii. menentukan bilangan jawatan Pegawai Audit Luar yang diperlukan selaras dengan

sasaran peningkatan liputan aktiviti audit luar;

iii. pemilihan kes audit luar berasaskan analisis risiko perlu dikaji semula berdasarkan

maklumat pembayar cukai yang tepat;

iv. mencadangkan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dari semasa ke semasa

mengenai jenis perniagaan/perkhidmatan yang wajar diberi kod perniagaan secara

spesifik untuk memastikan kod perniagaan adalah lengkap dan kemas kini. ACP 1967

perlu diperuntukkan seksyen untuk mengenakan penalti terhadap pembayar cukai yang

tidak mengisi kod perniagaan atau mengisi kod perniagaan yang tidak tepat;

v. Notis Taksiran Cukai Tambahan perlu dikeluarkan segera bagi kes yang

penyelesaiannya telah diluluskan oleh pegawai atasan untuk membolehkan cukai

dipungut; dan

vi. mempertingkatkan keupayaan sistem automasi seperti memastikan STS selain Syarikat

yang sedia ada berupaya mengeluarkan taksiran anggaran secara automatik, kenaikan

cukai secara automatik terhadap tunggakan cukai dan kegagalan mematuhi skim

bayaran ansuran cukai.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

9. Pengurusan Taksiran Duti Import

a. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bertanggungjawab untuk memungut cukai tidak

langsung seperti duti import, duti eksport, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan dan

juga levi yang dikenakan ke atas urus niaga perdagangan serta perindustrian yang

dijalankan di Malaysia. Bagi melaksanakan tugas pungutan duti import, JKDM telah diberi

kuasa melalui undang-undang dan peraturan tertentu. Selain itu, JKDM juga mengeluarkan

Perintah Tetap Kastam (PTK), Perintah Am Jabatan dan Tatacara Kerja Negeri bagi

memperincikan lagi proses kerja taksiran duti import. Secara keseluruhannya, pengauditan

yang dijalankan antara bulan Mei hingga Oktober 2011 mendapati pengurusan taksiran duti

import adalah memuaskan di mana borang taksiran telah diproses dengan teratur dan duti

dikutip berdasarkan undang-undang dan peraturan di stesen Kastam. Pada tahun 2011,

JKDM mengutip duti import berjumlah RM8.704 bilion iaitu meningkat sejumlah

RM2.739 bilion berbanding dengan kutipan berjumlah RM5.965 bilion pada tahun 2007.

Jumlah ini merupakan kutipan yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 2007.

Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan taksiran duti import

seperti berikut:

i. ejen penghantaran masih boleh membawa borang ikrar untuk urusan seterusnya;

ii. daripada 19 mesin pengimbas kontena di seluruh negara yang diperolehi dari tahun

2001 hingga bulan September 2010, adalah didapati 3 mesin pengimbas telah

dilupuskan. Manakala daripada 16 mesin yang boleh digunakan hanya 6 berimej jelas;

iii. proses verifikasi terhadap Borang K1 tidak dilaksanakan di 3 negeri dan imbangan

manifes lewat dilakukan;

iv. kekurangan pegawai daripada Cawangan Pasca Import; dan

v. prestasi kutipan balik oleh Cawangan Pasca Import dan Cawangan Verifikasi Dan

Profiling yang rendah.

b. Pihak Audit mengesyorkan JKDM memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap perkara

seperti berikut:

i. memastikan borang kastam selepas didaftar hanya dikendalikan oleh pegawai yang

bertanggungjawab dan melaksanakan aktiviti penyeliaan, pemantauan serta mengambil

tindakan tegas terhadap stesen Kastam yang masih membenarkan agen penghantaran

xix RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!