10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

GAMBAR 69.15 GAMBAR 69.16

LAN 001, Rancha-rancha, W.P. Labuan

- Tiada Aliran Masuk Kumbahan Di Loji Kerana Air

Kumbahan Telah Dilepaskan Ke Saliran Awam

(07.12.2011)

1070

LAN 001, Rancha-rancha, W.P. Labuan

- Kerja Membaik Pulih Rangkaian Paip

Pembetungan Sedang Dijalankan

(07.12.2011)

Maklum Balas Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. Yang Diterima Pada 25 Mei 2012

Kemudahan rawatan kumbahan sementara di loji KUN 110 tidak diambil kira

kerana ia membabitkan kerja pembaikan decanter di tangki SBR. Air kumbahan

dirawat secara separa melalui proses awalan sebelum memasuki tangki SBR.

Bagaimanapun semasa lawatan Audit, tiada proses rawatan dilakukan di loji

berkenaan. Bagi kerja baik pulih rangkaian paip pembetungan di Wilayah

Persekutuan Labuan, air kumbahan terpaksa dialirkan ke saliran awam untuk

tempoh masa yang singkat kerana tiada lurang pembetungan yang hampir

dengan tapak kerja.

Kesilapan Manusia (Human Error)

Lawatan Audit pada 7 Disember 2011 ke loji LAN 030, Taman LDA Wilayah

Persekutuan Labuan mendapati efluen yang dilepaskan mengandungi buih

sabun yang banyak. Keadaan ini berlaku kerana pekerja IWK tidak

membuka salah satu valve ke tangki pengudaraan. Kesilapan ini

menyebabkan berlaku overload kerana hanya satu tangki pengudaraan

menerima aliran masuk kumbahan. Akibatnya berlaku overflow dan air

kumbahan tidak dirawat dengan sempurna adalah seperti di gambar berikut:

GAMBAR 69.17 GAMBAR 69.18

LAN 030, Taman LDA, W.P. Labuan

- Buih Sabun Di Chlorination Chamber

(07.12.2011)

LAN 030, Taman LDA, W.P. Labuan

- Efluen Yang Mengandungi Buih Sabun

Dilepaskan Ke Longkang

(07.12.2011)

Pada pendapat Audit, IWK perlu berusaha untuk memastikan air kumbahan

dirawat sebelum dilepaskan ke longkang/saliran awam. Bagi kerja naik taraf,

kemudahan rawatan kumbahan sementara hendaklah disediakan selaras

dengan garis panduan yang berkuat kuasa. Pemantauan terhadap kerja yang

dijalankan oleh pekerja operasi juga perlu dipertingkatkan agar proses

rawatan kumbahan tidak terjejas.

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!