10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 1 Jun 2012

Tiada peruntukan yang jelas dan terperinci mengenai pembangunan sistem ICT

dalam perjanjian konsesi lama. Maka pembangunan sistem PhIS/CPS telah

dicadangkan selepas perjanjian baru ditandatangani. Keperluan ini telah

dibincangkan oleh kedua-dua pihak dalam tempoh interim sebagai sebahagian

daripada terma-terma baru perjanjian konsesi berkenaan.

Pada pendapat Audit, pembangunan PhIS/CPS perlu mengambil kira

pengintegrasian modul Hospital Information System sedia ada bagi tujuan

penjimatan kos. Selain itu, pembangunan PhIS/CPS perlu dipercepatkan kerana

penyempurnaannya pada 15 Mac 2015 iaitu 4 tahun 9 bulan sebelum kontrak tamat

adalah merugikan Kerajaan kerana faedah penggunaan sistem ini lewat diterima

dan pengintegrasian dengan pelbagai sistem ICT Kerajaan lain tidak dapat

dilaksanakan dengan cepat. Bagi memastikan pembangunan sistem ini dapat

berjalan dengan lancar, elemen denda satu peratus daripada jumlah kos

pelaksanaan bagi setiap hari lewat seperti dinyatakan dalam perjanjian konsesi

patut dikuatkuasakan.

37.5.3. Pengurusan Kontrak

37.5.3.1. Kontrak Lewat Ditandatangani

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 menetapkan kontrak perlu

ditandatangani dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh Surat Setuju Terima (SST)

dikeluarkan. Semakan Audit mendapati kontrak lewat ditandatangani antara 20 hingga

98 hari seperti di jadual berikut:

NO. KONTRAK KKM/ITEM

KKM-54/2010(168/2010) F(U)/

Cefepime 1g Injection

KKM-9/2009(55/2009) F(U)/

Acarbose 50mg Tab

KKM-63/2009(129/2009) F(U)/

Cefoperazone 500mg+ Sulbactam

500mg Injection

KKM-65/2009(131/2009) F(U)/

Cefuroxime Axetil 125mg Tab

KKM-38/2010(142/2010) F(U)/

Amlodipine 10mg Tab

KKM-77/2008(226/2008) F(U)/

Losartan 50mg Tab

KKM-90/2009(161/2009) F(U)/

Multivitamin Tab

JADUAL 37.6

KONTRAK LEWAT DITANDATANGANI

TARIKH SURAT

SETUJU TERIMA

DIKELUARKAN

TARIKH KONTRAK

SEPATUTNYA

DITANDATANGANI

TARIKH SEBENAR

KONTRAK

DITANDATANGANI

TEMPOH

LEWAT

(Hari)

20.08.2010 19.12.2010 28.01.2011 41

16.04.2009 15.08.2009 04.09.2009 20

24.06.2009 23.10.2009 25.11.2009 33

23.06.2009 22.10.2009 08.12.2009 47

23.07.2010 22.11.2010 29.01.2011 68

05.11.2008 04.03.2009 21.04.2009 46

23.07.2009 22.11.2009 02.03.2010 98

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 1 Jun 2012

Kelewatan menandatangani kontrak berlaku kerana Kementerian perlu membuat

pengesahan berhubung dengan Bon Pelaksanaan yang dikemukakan oleh

pembekal dengan pihak bank terlibat terlebih dahulu. Berdasarkan perbincangan

dengan Kementerian Kewangan, Kementerian boleh menandatangani kontrak

perjanjian sebaik sahaja menerima Bon Pelaksanaan daripada pembekal

sementara menunggu pengesahan Bon Pelaksanaan tersebut daripada pihak

bank.

606 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!