10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

pedalaman. Dengan adanya program PDU, ia telah membantu memperbaiki liputan

imunisasi dan mencegah penyakit vaccine preventable diseases. Selain itu, kadar

kematian bayi dan ibu telah dapat dikurangkan dari tahun ke tahun.

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 1 Jun 2012

Untuk penambahbaikan terhadap mekanisme penilaian keberkesanan program

PDU, Kementerian sentiasa menjalankan analisa ke atas laporan bulanan dan

mengambil tindakan ke atas hasil penemuan; mengadakan mesyuarat

penyelarasan bersama syarikat pembekal untuk memastikan kelancaran

perkhidmatan dan mengulangi kajian keberkesanan perkhidmatan PDU dan

MEDEVAC.

43.5.1.4. Promosi Kesihatan Kurang Diberi Perhatian

Selain memberi perkhidmatan kesihatan asas dari aspek kawalan penyakit kepada

penduduk pedalaman, program PDU juga bertujuan menjalankan promosi kesihatan.

Semakan Audit mendapati promosi kesihatan kurang diberi perhatian dan tiada jadual

disediakan untuk aktiviti berkenaan bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011. Semakan

Audit selanjutnya terhadap laporan bulanan program PDU bagi tempoh yang sama

menunjukkan aktiviti promosi kesihatan tidak direkodkan.

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 1 Jun 2012

Disebabkan penduduk di lokasi-lokasi yang dilawati tidak datang serentak, maka

sesi ceramah promosi kesihatan tidak dapat dilakukan seperti biasa. Tambahan

pula, keadaan yang riuh rendah membuatkan kaedah tersebut tidak berkesan. Di

dalam kes tertentu seperti wabak penyakit, ceramah umum dilakukan sebelum

aktiviti saringan dan rawatan dilakukan. Bagaimanapun aktiviti promosi kesihatan

masih merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan semasa perkhidmatan

doktor udara. Ia dijalankan dalam bentuk “one-to-one patient education” semasa

sesi berjumpa pesakit dilakukan oleh anggota yang bertugas. Pendekatan ini

lebih berkesan kerana ia melibatkan kes secara individu dan maklumat yang

disalurkan lebih tepat dan senang difahami. Bagi menambah baik perkara ini,

Kementerian telah mendokumentasikan aktiviti promosi kesihatan yang

dijalankan serta merekodkannya supaya penilaian dapat dibuat.

Pada pendapat Audit, aspek promosi kesihatan perlu diberi perhatian oleh pihak JKNS

kerana ia merupakan asas yang penting dan perlu diketahui dan difahami oleh

penduduk pedalaman untuk menjaga kesihatan mereka dan menghindar daripada

penyakit berjangkit.

43.5.2. Pengurusan Program PDU

43.5.2.1. Tiada Pengkhususan Pegawai Perubatan Untuk Pasukan PDU

Bab 10, Panduan Pengurusan Klinik Kesihatan menetapkan ahli pasukan PDU

hendaklah dianggotai oleh seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai

perubatan dan 2 jururawat masyarakat. Semakan Audit mendapati 3 zon diliputi oleh

pasukan PDU pada setiap bulan iaitu Kuching, Sibu dan Miri. Semakan Audit

selanjutnya mendapati tiada pegawai perubatan yang dikhususkan untuk pasukan PDU,

sebaliknya pegawai perubatan yang dipilih mempunyai tugas hakiki di hospital atau klinik

kesihatan. Oleh itu, pegawai perubatan hanya dapat menyertai 262 hari lawatan (14.6%)

700 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!