10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

b. Penyerahan Dokumen Gadaian/Penyerahan Hak Oleh Peguam

Pihak BPP tidak menetapkan tempoh masa bagi peguam untuk menyempurna dan

mengembalikan dokumen cagaran/penyerahan hak kepada BPP. Semakan Audit

terhadap 200 dokumen gadaian mendapati peguam mengambil masa antara

3 hingga 4,069 hari untuk mengembalikan dokumen cagaran kepada BPP dari tarikh

dokumen tersebut dihantar kepada peguam. Butirannya adalah seperti di jadual

berikut:

JADUAL 5.13

BILANGAN HARI DIAMBIL OLEH PEGUAM UNTUK MENGEMBALIKAN

DOKUMEN GADAIAN/PENYERAHAN HAK

TEMPOH KELEWATAN

(Hari)

BIL. DOKUMEN TERLIBAT

3 - 100 99

101 - 300 67

301 - 500 6

501 - 800 10

801 - 1,000 5

1,001 - 4,069 13

JUMLAH 200

Maklum Balas Bahagian Pinjaman Perumahan Yang Diterima Pada 30 Mei 2012

Kelewatan yang berlaku adalah disebabkan oleh dokumen tidak lengkap yang

berlaku di pihak peguam atau dokumen lewat didaftar oleh peguam ke Pejabat

Tanah/Mahkamah Tinggi. Bagi tujuan penambahbaikan, mulai tahun 2004 BPP

telah membuat sekatan bayaran kemajuan sebanyak 20% bagi memastikan

cagaran harta disempurnakan. Bagi fail-fail sebelum tahun 2004, task force telah

diwujudkan bagi memastikan harta dicagar kepada Kerajaan.

Pada pendapat Audit, pengurusan bayaran pinjaman boleh dipertingkatkan lagi

supaya mencapai Piagam Pelanggan yang ditetapkan dengan memastikan dokumen

cagaran/penyerahan hak disempurnakan dengan segera. Sehubungan itu, BPP perlu

menetapkan tempoh masa bagi peguam mengembalikan dokumen cagaran/

penyerahan hak setelah harta dicagarkan kepada Kerajaan.

5.5.5. Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman

5.5.5.1. Bagi bayaran balik pinjaman, Arahan Potongan Gaji (APG) akan dikeluarkan

oleh Unit Potongan Bayaran Balik, Seksyen Akaun BPP kepada Kementerian/Jabatan/

Agensi di mana peminjam berkhidmat dan berkuat kuasa sebulan selepas bayaran 95%

atau 100% kesiapan rumah atau 18 bulan daripada tarikh baucar pertama atau yang

mana terdahulu bagi pinjaman jenis II dan III. Manakala untuk pinjaman jenis I, IV dan V,

APG dikeluarkan satu bulan selepas bayaran dikeluarkan dan bagi kes penjadualan

semula pinjaman, APG dikeluarkan selepas 3 bulan. Bagi Arahan Potongan Pencen

(APP) pula, ia dikeluarkan 6 bulan sebelum tarikh persaraan dan disediakan selewatlewatnya

21 hari daripada tarikh penerimaan surat pemberitahuan persaraan oleh Ketua

Jabatan. APP berkenaan dikemukakan kepada peminjam, Kementerian/Jabatan,

Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Jabatan Rekod

Dan Pencen, Angkatan Tentera Malaysia (JRP) bagi anggota tentera.

5.5.5.2. Peminjam yang mempunyai tunggakan melebihi 3 bulan akan dikategorikan

sebagai peminjam mungkir dan dilaporkan mengikut status perkhidmatan seperti masih

berkhidmat, bersara wajib, bersara pilihan sendiri, bersara KWSP, penswastaan, tamat

perkhidmatan dan sebagainya. Setakat bulan Disember 2011, terdapat 44,589 peminjam

mungkir dengan tunggakan pinjaman berjumlah RM779.77 juta. Butirannya adalah

seperti di jadual berikut:

59 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!