10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

i. Semakan Audit mendapati penyewa di Lot 231 dan 244, Bidor, Batang Padang,

Perak gagal mematuhi tujuan penyewaan yang diluluskan iaitu untuk pusat

servis kenderaan tetapi menjalankan perniagaan restoran makanan seperti di

Gambar 52.17. Selain itu, kedudukan sama ada penyewa telah melakukan

aktiviti/tujuan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian bagi

14 penyewa/pengusaha lot tanah yang lain tidak dapat ditentukan kerana pihak

Audit tidak dapat mengesahkannya dengan sebarang maklumat penyewaan

atau sebarang surat-menyurat mengenai penyewaan tersebut.

GAMBAR 52.17

Lot 231 Dan 244, Bidor, Batang Padang, Perak

- Keluasan Tanah 0.17360 Hektar.

Lot Tanah Disewa Untuk Pusat Servis Kenderaan

Tetapi Telah Menjalankan Perniagaan

Restoran Makanan

(09.12.2011)

Maklum Balas Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Yang Diterima Pada

22 Jun 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Pelanjutan Penyewaan dan Penguatkuasaan Harta

Tanah Persekutuan pada 29 Mei 2012 telah meluluskan tambah tujuan penyewaan

oleh penyewa berkuat kuasa mulai 1 Julai 2012.

ii. Sebanyak 13 (32.5%) lot tanah yang mana mengikut rekod PDRM telah

disewakan. Bagaimanapun, semakan Audit di pejabat JKPTG mendapati

maklumat sewaan tidak dapat disahkan dengan sebarang surat perjanjian

penyewaan di antara JKPTG dan penyewa. Lawatan Audit ke lot tanah

berkenaan mendapati pengusaha menjalankan aktiviti seperti tempat meletak

kereta berbayar, perniagaan restoran makanan, perniagaan kedai hardware dan

perniagaan mencuci kereta. Manakala perjanjian bagi 2 penyewa telah tamat

tempoh iaitu pada 31 Disember 2009 dan 30 September 2011 serta tidak

diperbaharui. Aktiviti di salah satu lot tanah berkenaan adalah perniagaan

restoran makanan. Berdasarkan temu bual dengan pihak IPD Bentong,

perniagaan restoran makanan tersebut telah berlanjutan selama 2 tahun oleh

penyewa yang sama tanpa perjanjian penyewaan. Mengikut perkiraan Audit

berdasarkan kadar sewa terdahulu, amaun sewaan yang boleh dikutip adalah

berjumlah RM48,000 bagi tempoh tersebut.

Semakan Audit seterusnya di pejabat JKPTG mendapati permohonan untuk

melanjutkan tempoh sewaan lot tanah tersebut kepada penyewa yang sama

tidak diluluskan kerana penyewa tidak mematuhi beberapa syarat perjanjian dan

telah diarah untuk mengosongkan lot pada 18 Mei 2010 oleh JKPTG. Namun

sehingga ke tarikh lawatan Audit, penyewa yang sama masih menjalankan

perniagaan restoran makanan dan tiada tindakan selanjutnya oleh pihak JKPTG

terhadap perkara ini.

851 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!