10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

24.5.3. Penilaian Kepuasan Pelanggan - Jabatan/Agensi Kerajaan

Bagi menentukan kepuasan Jabatan/Agensi Kerajaan, sebanyak 9 Jabatan/Agensi telah

diminta memberikan maklum balas mereka melalui satu soal selidik yang diedarkan oleh

pasukan Audit. Hasil daripada soal selidik tersebut mendapati 8 (88.9%) daripada

Jabatan/Agensi Kerajaan tersebut tidak berpuas hati mengenai data/maklumat dalam Sistem

Maklumat Kontraktor yang tidak kemas kini.

Rumusan yang boleh dibuat hasil daripada maklum balas tersebut ialah

data/maklumat dalam Sistem Maklumat Kontraktor tidak lengkap, tidak tepat dan tidak

kemas kini. Ini adalah konsisten dengan hasil semakan Audit seperti di perenggan

atas. Oleh itu, PKK perlu mengambil tindakan segera untuk mengemas kini

data/maklumat SMK. Maklumat yang tepat dan lengkap bukan saja dapat membantu

Agensi/Jabatan menilai prestasi kontraktor bagi tujuan analisis tender malahan dapat

mengurangkan projek bermasalah dan dapat menjamin kontraktor yang dilantik

adalah yang berkelayakan dan berwibawa.

24.6. SYOR AUDIT

Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini, adalah disyorkan supaya

PKK mengambil tindakan seperti berikut:

24.6.1. Menetapkan piagam pelanggan yang praktikal dan memastikan ia dicapai bagi

menjamin kepuasan kontraktor.

24.6.2. Merujuk kepada Menteri Kewangan untuk membuat pindaan kepada yuran yang

dikenakan kepada kontraktor Kelas F dan pindaan kepada tempoh sah pendaftaran Kelas F.

24.6.3. Mengambil kira pandangan Jabatan Peguam Negara mengenai proses perubahan fi

dalam Perintah Fee (Pendaftaran Kontraktor) 1984 supaya selaras dengan kehendak

undang-undang.

24.6.4. Mengambil tindakan untuk menyeragamkan ketidakselarasan antara Perintah Fee

(Pendaftaran Kontraktor) 1984 dengan Arahan Perbendaharaan.

24.6.5. Bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Maklumat dalam memastikan sistem

rekod PKK sentiasa tepat dan kemas kini bagi memastikan maklumat yang dipamerkan

adalah benar dan boleh dipercayai.

24.6.6. Latihan perlu diberikan kepada semua pegawai proses mengenai cara pengiraan

modal yang betul untuk memastikan kontraktor yang berdaftar dengan PKK benar-benar

berkelayakan dari segi pemilikan modal.

Maklum Balas Terkini Berkaitan Dengan Perenggan Ini Boleh Dirujuk Di Muka Surat 179-183

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan, Pengurusan Kewangan

Dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Bagi Tahun 2011

347 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!