10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

(APK) iaitu 8 APK di ADTEC Kemaman, sebanyak 6 APK di ADTEC Bintulu dan

2 APK di ADTEC Jerantut. Namun begitu, kelulusan APK tersebut hanya

mengakibatkan sedikit peningkatan kos iaitu antara 1.2% hingga 2.2% daripada kos

asal kontrak. Secara amnya, kelulusan APK bagi 3 ADTEC berkenaan telah

mematuhi peraturan yang ditetapkan dan selaras dengan syarat kontrak yang

ditandatangani. Butiran lanjut adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 44.4

ARAHAN PERUBAHAN KERJA YANG DILULUSKAN SETAKAT 31 DISEMBER 2011

ARAHAN PERUBAHAN KERJA NILAI KONTRAK

NILAI KONTRAK

PENINGKATAN

DIPINDA SELEPAS

ADTEC

NILAI

ASAL

KOS

BIL.

APK

(RM Juta)

(RM Juta)

(RM Juta)

Kemaman 8 1.74 120.00 121.74 1.4

Bintulu 6 1.90 165.00 166.90 1.2

Jerantut 2 2.08 95.32 97.40 2.2

Nota: APK - Arahan Perubahan Kerja

Maklum Balas Kementerian Sumber Manusia Yang Diterima Pada 22 Mei 2012

Kelulusan APK adalah mengikut keperluan projek. Peningkatan kos bagi ADTEC

Kemaman adalah disebabkan tambahan vertical blind di bangunan zon

pentadbiran, zon akademik, zon kediaman pelajar dan zon kediaman kakitangan

serta perubahan kerja pemasangan meter dan kabel TNB/telefon yang

dikehendaki oleh TNB/TM. Manakala bagi ADTEC Bintulu, elemen yang

menyumbang kepada tambahan kos ialah kerja penjagaan dan penanaman

rumput pada cerun bagi keselamatan penghuni bangunan. Bagi ADTEC Jerantut

pula, pertambahan kos diperlukan adalah untuk memenuhi kehendak TNB bagi

pembinaan Bangunan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) serta

kelengkapannya dan penambahan 30 Nod ICT di Bengkel Teknologi Pembuatan

untuk melengkapkan kemudahan ICT di bengkel tersebut.

Pada pendapat Audit, kecuali ADTEC Jerantut yang mengalami kelewatan

sehingga 23 bulan, prestasi pembinaan 3 ADTEC yang lain secara umumnya

adalah memuaskan walaupun mengalami sedikit kelewatan (antara 3 hingga 7

bulan) dan peningkatan kos.

44.5.2. Prestasi Perolehan Peralatan Pembelajaran

44.5.2.1. Mengikut amalan Kementerian, proses perolehan peralatan pembelajaran

akan dimulakan apabila kemajuan fizikal projek mencapai 80%. Semakan Audit

mendapati Kementerian Kewangan telah melantik pembekal bagi membekalkan

peralatan pembelajaran di 4 ADTEC tersebut secara rundingan terus pada tahun 2007

dan 2008. Namun demikian, rundingan harga bagi perolehan peralatan pembelajaran

lewat dimulakan oleh Kementerian menyebabkan peralatan pembelajaran masih belum

dibekalkan sehingga akhir tahun 2011 walaupun ADTEC Taiping telah disiapkan pada

13 Ogos 2009; Kemaman pada 30 Ogos 2010 dan Bintulu pada 30 Disember 2010. Bagi

ADTEC Taiping, kelewatan tersebut menyebabkan peralatan pembelajaran tidak dapat

diuji dengan bangunan memandangkan tempoh tanggungan kecacatan tamat pada

12 Ogos 2011. Rundingan harga bagi ADTEC Taiping yang dimulakan pada bulan

September 2009 telah ditangguhkan mulai bulan Disember 2010 dan disambung semula

pada bulan Jun 2011. Harga kontrak telah dimuktamadkan dan diluluskan oleh

Kementerian Kewangan pada bulan Ogos 2011 manakala Surat Setuju Terima telah

dikeluarkan pada 8 September 2011. Setakat bulan April 2012, peralatan pembelajaran

710 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!