10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

iv. kawalan terhadap penyimpanan dan penyelenggaraan daftar aset terpakai yang lengkap

dan kemas kini perlu dipertingkatkan oleh JKR dan PHC memandangkan aset tersebut

bernilai tinggi.

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

31. Pengurusan Projek Integrated Transport Information System (ITIS)

a. Projek ITIS merupakan satu alternatif untuk membangun dan mengintegrasikan sistem

maklumat berkaitan pengangkutan dan trafik bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas

di Lembah Klang. Objektif ITIS adalah untuk mewujudkan sistem pengumpulan maklumat

trafik secara sistematik dan terkini agar ia dapat dimanfaatkan untuk perancangan dan

pengurusan lalu lintas serta meningkatkan kecekapan pengurusan insiden. Projek ITIS

dilaksanakan oleh sebuah syarikat konsortium dengan kos RM365.74 juta meliputi tempoh

pelaksanaan selama 32 bulan (1 Ogos 2002 hingga 31 Mac 2005) dan sebuah syarikat lagi

dilantik sebagai perunding projek dengan yuran berjumlah RM7.31 juta dan kos imbuhan

balik RM0.68 juta. Pengarah projek ini adalah pengarah di Jabatan Pengangkutan Bandar,

Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL). Kos keseluruhan pembangunan projek ini

ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Tiga komponen utama Projek ITIS

adalah peralatan luar; bangunan Traffic Management Centre (TMC) dan aplikasi sistem.

DBKL turut mewujudkan Call Centre ITIS di TMC dan juga menyediakan Perkhidmatan

Bantuan Awal. Pengauditan yang dijalankan mendapati pada umumnya pengurusan Projek

ITIS adalah kurang memuaskan. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:

i. peratus tahap kebolehgunaan peralatan luar seperti CCTV, Automatic Incident Detection

dan Variable Message Signs yang bernilai RM136.65 juta kurang daripada 50%;

ii. sebanyak 1,408 (88%) daripada 1,600 Automatic Vehicle Location System yang dibeli

pada harga RM11.37 juta telah digunakan dan penggunaannya dihentikan selepas

3 tahun dari tempoh pembekalannya;

iii. permohonan pajakan tanah bagi pembinaan bangunan TMC telah ditolak oleh Jabatan

Ketua Pengarah Tanah Dan Galian kerana telah dipajak kepada Technology Park

Malaysia (TPM) yang menyebabkan DBKL terpaksa membayar pajakan kecil berjumlah

RM8.49 juta kepada TPM untuk tempoh pajakan selama 30 tahun dan kehilangan hak

pemilikan bangunan TMC yang bernilai RM36.87 juta;

iv. sebanyak 10 daripada 18 perkakasan komputer di workstation bagi operasi aplikasi ITIS

mengalami kerosakan; dan

v. pencapaian objektif masih tidak dapat ditentukan memandangkan pihak DBKL belum

pernah menjalankan analisis kos faedah sebelum dan selepas pembangunan Projek

ITIS.

b. Pihak Audit mengesyorkan supaya pihak yang terlibat mengambil tindakan penambahbaikan

seperti berikut:

i. DBKL perlu meningkatkan pemantauan terhadap kerja kontraktor dan memastikan

kontraktor mematuhi kekerapan penyenggaraan yang ditetapkan;

ii. bagi projek sistem maklumat pengangkutan lain yang akan dibangunkan kelak, Kerajaan

perlu memastikan sistem yang dirancang dan direka bentuk bukan berdasarkan konsep

proprietary (bersifat tertutup dan terhad kepada perubahan) sebaliknya berdasarkan

konsep open architecture (bersifat terbuka dan lebih fleksibel kepada perubahan); dan

iii. Kerajaan perlu menjalankan analisis kos faedah secara menyeluruh terhadap viability

projek sistem maklumat pengangkutan seperti ITIS sebelum ia dilaksanakan.

xxxviii RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!