10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

iii. Integrated planning antara agensi terlibat perlu dilakukan di peringkat awal

pelaksanaan projek terutama bagi projek yang besar. Contohnya Tenaga Nasional

Berhad, Jabatan Bekalan Air, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa, Jabatan

Pengairan dan Saliran, Jabatan Bomba Dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa

Tempatan perlu dibawa berunding sebelum sesuatu projek dilaksanakan supaya

semua kemudahan asas dapat disediakan dan kelancaran projek tidak terjejas.

iv. Kementerian/Jabatan hendaklah mematuhi Garis Panduan dan Peraturan Bagi

Perancangan Bangunan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kecil Piawaian Dan

Kos bagi rujukan Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara semasa

merancang sesuatu perolehan kerja bagi memastikan bangunan yang akan dibina

mematuhi standard dan kos yang telah ditetapkan.

v. Bagi membendung masalah program/aktiviti/projek Kerajaan gagal dilaksanakan

akibat daripada ketidakupayaan kontraktor sama ada dari segi kewangan atau

kepakaran, adalah disyorkan supaya syarikat yang ingin menyertai sesuatu

perolehan Kerajaan diminta mengemukakan maklumat mengenai modal berbayar

dan kedudukan kewangannya untuk tempoh 3 tahun serta senarai kontrak Kerajaan

dan swasta yang sedang dan akan dilaksanakannya. Syarikat juga diminta untuk

memaklumkan pengalamannya dalam bidang yang ingin ditawarkannya. Semua

maklumat yang dikemukakan ini hendaklah disokong dengan perakuan bersumpah

oleh syarikat berkenaan. Maklumat ini perlu dipertimbangkan semasa membuat

pemilihan kontraktor.

vi. Berhubung dengan masalah peralatan yang diperolehi tidak digunakan sama ada

kerana bangunan belum disiapkan/peralatan tidak sesuai/peralatan dibeli

berlebihan/tidak diperlukan, adalah disyorkan perkara berikut:

- Pandangan pengguna hendaklah diambil kira semasa menyediakan spesifikasi

kontrak berhubung dengan perolehan peralatan.

- Perolehan peralatan hendaklah diselaraskan dengan kemajuan kerja pembinaan

bangunan. Bagi tujuan ini, jadual bekalan peralatan perlu disediakan bagi

mengelakkan peralatan yang tidak dapat digunakan terdedah kepada kerosakan

dan kecurian serta tempoh waranti tamat sebelum digunakan.

vii. Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan perlu mempertingkatkan pengurusan aset

kerajaan untuk mengelakkan pembaziran dan memandang serius terhadap tugas

penyenggaraan, pemantauan dan penyeliaan. Rekod mengenai aset perlulah

sentiasa dikemaskini sebagai persiapan Kerajaan Persekutuan ke arah pelaksanaan

accrual accounting menjelang tahun 2015.

viii. Tindakan yang tegas seperti mengenakan tindakan tatatertib atau surcaj perlu

diambil terhadap pegawai yang didapati cuai/gagal melaksanakan

tanggungjawabnya tanpa sebab-sebab yang munasabah sehingga menyebabkan

Kerajaan menanggung kerugian.

ix. Tindakan yang tegas juga patut diambil terhadap perunding yang gagal

melaksanakan tanggungjawabnya untuk memantau/menyelia sesuatu

program/aktiviti/projek seperti mengenakan penalti/menyenaraihitamkan perunding

tersebut daripada terlibat dengan projek Kerajaan yang lain. Sehubungan ini,

perjanjian dengan perunding hendaklah memasukkan peruntukan berhubung

dengan tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka sekiranya gagal

melaksanakan tanggungjawab yang telah ditetapkan.

1100 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!