10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

40. PROJEK PEMBINAAN HOSPITAL KLUANG, JOHOR

40.1. LATAR BELAKANG

40.1.1. Kementerian Kesihatan Malaysia (Kementerian) telah menandatangani perjanjian

projek pembinaan Hospital Kluang, Johor berkapasiti 256 unit katil dengan Kluang Health

Care Sdn. Bhd. (Kluang HC) bagi menggantikan hospital sedia ada. Pembangunan hospital

baru antara lainnya bertujuan untuk memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat

bagi perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, berkesan, berkualiti, mudah diperolehi,

berteknologi serta mengurangkan masalah kesesakan di hospital sedia ada.

40.1.2. Kontrak yang ditandatangani oleh Kementerian meliputi tempoh selama 8 bulan

(Februari hingga Oktober 2006) bagi Projek Fasa I (kerja tanah dan tembok penahan) dan

33 bulan (September 2007 hingga Jun 2010) bagi Projek Fasa II (mereka bentuk, membina,

melengkap, mentauliah dan menyenggara). Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina

(design and build) di mana Kluang HC bertanggungjawab sepenuhnya bagi semua peringkat

pelaksanaan projek dari penyiasatan tapak, penyediaan reka bentuk, pembinaan,

penyeliaan, pembekalan, pemasangan dan pentauliahan peralatan serta penyenggaraannya

sehingga tamat tempoh tanggungan kecacatan. Pelantikan Kluang HC telah dibuat secara

rundingan terus.

40.1.3. Kementerian pada bulan Jun 2008 telah melantik KIP Management Sdn. Bhd. (KIP)

sebagai Perunding Pengurusan Projek (PMC) dengan kos RM9.06 juta. Ketua Setiausaha

Kementerian telah bertindak sebagai Pengarah Projek manakala Pengarah Bahagian

Perkhidmatan Kejuruteraan dilantik sebagai Wakil Pengarah Projek. Projek ini telah siap

dibina pada 12 Oktober 2011 dan mula beroperasi pada 30 Disember 2011.

40.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada projek pembinaan Hospital Kluang telah

dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berhemat bagi mencapai objektif yang

ditetapkan.

40.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap projek

pembinaan Hospital Kluang bagi Fasa II. Pengauditan telah dijalankan di Bahagian Perancangan

dan Pembangunan; Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan; dan Bahagian Perolehan dan

Penswastaan di peringkat Kementerian.

40.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan telah dijalankan dengan menyemak fail, rekod dan dokumen serta menganalisis

data yang berkaitan dengan projek. Lawatan, pemeriksaan dan temu bual dengan pegawai

Kementerian, Kluang HC dan KIP juga telah diadakan.

650 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!