10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

b. Kos Infrastruktur Tapak Rumah Baru Untuk Setinggan Di Negeri Perak

Sejumlah RM12.25 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian kepada Kerajaan

Negeri Perak bagi kos infrastruktur ke atas tapak rumah baru untuk setinggan.

Peruntukan ini adalah berdasarkan surat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri Perak bertarikh 29 Oktober 2009 yang menetapkan kos infrastruktur pada

kadar RM17,346 setiap satu untuk 706 lot tanah. Kos infrastruktur telah diluluskan

dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan

Perdana Menteri pada 22 Jun 2009. Semakan Audit terhadap bayaran kos

infrastruktur tapak rumah baru untuk setinggan mendapati perkara berikut:

i. Setakat bulan Ogos 2011, sejumlah RM9.18 juta (74.9%) daripada peruntukan

telah dibayar kepada Kerajaan Negeri Perak.

Maklum Balas Kementerian Pengangkutan Yang Diterima Pada 8 Jun 2012

Peruntukan hanya diagihkan kepada Kerajaan Negeri setelah Laporan Kemajuan

Infrastruktur dan Laporan Kemajuan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT)

dikemukakan kepada Kementerian. Laporan Kemajuan Infrastruktur telah diterima

daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak pada 23 Disember 2011,

manakala sehingga 19 Mac 2012, UPEN Perak masih belum mengemukakan

Laporan Kemajuan RPT kepada Kementerian. Oleh itu, baki peruntukan berjumlah

RM3.07 juta masih belum dibayar oleh Kementerian kepada Kerajaan Negeri

Perak.

ii. Bagaimanapun berdasarkan rekod KTMB, hanya seramai 457 setinggan terlibat

dalam Projek Ipoh ke Padang Besar. Perbezaan sebanyak 249 setinggan antara

rekod KTMB dengan rekod Pejabat Tanah Daerah Negeri Perak menyebabkan

lebihan bayaran berjumlah RM4.32 juta (RM17,346 x 249) kepada Kerajaan

Negeri Perak. Perbezaan antara rekod Pejabat Tanah Daerah Negeri Perak dan

rekod KTMB adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 26.13

SETINGGAN YANG MENERIMA INFRASTRUKTUR TAPAK RUMAH

DAERAH

REKOD PEJABAT TANAH

(a)

BIL. SETINGGAN PERBEZAAN

REKOD KTMB

(b)

(a) - (b)

Kinta 0 16 (16)

Sg. Siput 43 43 0

Kuala Kangsar 91 20 71

Larut Matang dan Selama 537 348 189

Kerian 35 30 5

JUMLAH 706 457 249

Maklum Balas Kementerian Pengangkutan Yang Diterima Pada 8 Jun 2012

Perbezaan bilangan setinggan adalah kerana Kerajaan Negeri Perak mengambil

kira setinggan yang tidak terlibat dengan projek berdasarkan polisi Kerajaan

Negeri untuk mengurangkan setinggan di Perak.

c. Bayaran Bantuan Sewa Rumah

Setinggan juga akan dibayar kos bantuan sewa rumah pada kadar RM300 sebulan

untuk tempoh 2 tahun iaitu sehingga RPT disiapkan oleh Kerajaan Negeri Perak.

Semakan Audit terhadap bayaran sewaan mendapati pada 15 Mac 2010, Timbalan

369 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!