10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Penjelasan lanjut mengenai perkara yang ditemui dan maklum balas UDA Holdings Berhad

adalah seperti di perenggan berikut:

67.5.1. Prestasi Kewangan

67.5.1.1. Pendapatan, Perbelanjaan Dan Untung Rugi

a. Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, prestasi kewangan syarikat adalah baik di

mana ia mencatat keuntungan bersih bagi tahun 2008 sejumlah RM28.81 juta dan

2010 sejumlah RM30.84 juta. Bagaimanapun, pada tahun 2009, UHB mengalami

kerugian berjumlah RM6.47 juta berbanding keuntungan tahun 2008 disebabkan

pelupusan subsidiari PQSB Group. Kerugian pada tahun 2009 adalah disebabkan

oleh penurunan untung kasar sejumlah RM14.26 juta kepada RM98.34 juta (12.7%)

berbanding pada tahun 2008 yang mencatatkan keuntungan kasar berjumlah

RM112.60 juta. Pengurangan ini secara amnya disebabkan oleh peningkatan dalam

kos pembangunan projek yang banyak dipengaruhi oleh sentimen pasaran dan

ekonomi di bawah Bahagian UDA Urban. Kerugian juga turut didorong oleh

penurunan lain-lain pendapatan sejumlah RM35.60 juta (80.4%) berbanding tahun

2008. Keadaan ini disebabkan oleh perolehan faedah yang rendah dari deposit

tetap. Faktor lain yang mendorong kerugian adalah penyusutan dalam sumbangan

keuntungan daripada syarikat bersekutu sejumlah RM6.33 juta (39%).

b. Peningkatan untung bersih pada tahun 2010 sejumlah RM37.31 juta (576.7%)

kepada RM30.84 juta berbanding tahun 2009 adalah disebabkan oleh peningkatan

dalam pendapatan yang disumbangkan oleh Bahagian UDA Urban berjumlah

RM14.86 juta (9%). Ia diikuti oleh pendapatan Bahagian UDA Land berjumlah

RM55.28 juta (29%) di mana kebanyakan projek telah mencapai tahap hampir siap

pada tahun 2010 menyebabkan pengiktirafan dan pengukuran terhadap hasil

mencapai peratusan yang lebih tinggi. Selain daripada pengurangan kos kewangan

dan lain-lain perbelanjaan operasi, lain-lain pendapatan seperti faedah deposit tetap

dan pendapatan dari pelupusan hartanah serta aset turut menyumbang kepada

keuntungan syarikat. Adalah didapati UHB tidak membayar dividen kepada MKD

bagi tahun 2008 dan 2010 sungguhpun mencatat keuntungan pada tahun tersebut.

Kedudukan pendapatan dan perbelanjaan serta untung rugi syarikat bagi tahun

kewangan 2008, 2009 dan 2010 adalah seperti di jadual dan carta berikut:

JADUAL 67.1

PENDAPATAN, PERBELANJAAN SERTA UNTUNG RUGI KUMPULAN UHB

BAGI TAHUN KEWANGAN 2008, 2009 DAN 2010

BUTIRAN

1016

2008

(RM Juta)

2009

(RM Juta)

2010

(RM Juta)

Pendapatan 313.27 319.20 488.58

Kos Jualan (200.67) (220.86) (364.18)

Untung Kasar 112.60 98.34 124.40

Lain-lain Pendapatan 44.22 8.67 13.69

Perbelanjaan Am Dan Pentadbiran (69.94) (64.43) (75.50)

Perbelanjaan Jualan Dan Pemasaran (5.84) (3.27) (4.23)

Lain-lain Perbelanjaan Operasi (17.78) (17.61) (17.36)

Untung Operasi 63.26 21.70 41.00

Kos Kewangan (33.18) (27.18) (26.64)

Perkongsian Saham Selepas Cukai Dengan Syarikat Bersekutu 16.11 9.78 23.36

Untung/(Rugi) Sebelum Cukai 46.19 4.30 37.72

Pelarasan Cukai (17.38) (10.77) (6.88)

Untung/(Rugi) Bersih Semasa 28.81 (6.47) 30.84

Dividen * * *

Nota: (*) Dividen Tidak Dibayar Kepada MKD

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!