10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

33.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak rekod dan dokumen serta menganalisis

maklumat; mengadakan temu bual dengan pegawai yang terlibat, para guru dan kontraktor;

lawatan tapak dan pemeriksaan fizikal projek; borang soal selidik juga diedarkan kepada pihak

pengurusan sekolah; dan mengedar cabutan isu serta perkara berbangkit kepada pihak

sekolah/kontraktor bagi mendapatkan pengesahan dan ulasan lanjut mereka.

33.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Februari dan September hingga Disember 2011

mendapati pada umumnya projek ini telah mencapai objektifnya untuk mengadakan bekalan

elektrik 24 jam ke sekolah luar bandar kecuali beberapa kelemahan berkenaan pengurusan

projek. Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah:

i. kesemua Projek SSH tidak dapat disiapkan mengikut tarikh asal kontrak dan telah

diluluskan lanjutan masa antara 232 hingga 272 hari;

ii. kelemahan perancangan projek di mana terdapat sistem solar hibrid bertindan dengan

sistem talian grid dan bangunan yang dibina tidak digunakan;

iii. kualiti kerja yang kurang memuaskan seperti saluran dan sambungan paip air tidak

kemas; rekahan pada dinding bangunan dan pengagihan bekalan kuasa elektrik tidak

menyeluruh;

iv. penyenggaraan sistem solar hibrid adalah kurang memuaskan di mana kekerapan

pemeriksaan berkala seperti mana yang dijadualkan tidak mencukupi; persekitaran

kawasan stesen solar hibrid tidak dijaga dengan baik; projek yang tamat tempoh

tanggungan kecacatan telah mengalami kerosakan serta tidak berfungsi; Daftar Aduan

Kerosakan tidak diselenggarakan dan peralatan tidak didaftarkan mengakibatkan

tindakan penyenggaraan tidak dapat ditentukan dengan berkesan;

v. aspek keselamatan kurang diberi perhatian sewajarnya di mana sistem solar hibrid di

negeri Sabah tidak dilengkapi sistem pengesan dan pemadam kebakaran berbanding

dengan Projek SSH di Semenanjung Malaysia; sistem perangkap minyak dan gris tidak

termasuk di dalam reka bentuk bagi projek di negeri Sabah; dan bahan mudah terbakar

tidak disimpan di tempat yang sesuai di negeri Sabah; dan

vi. pemantauan projek kurang memuaskan kerana semua projek telah gagal disiapkan

dalam tempoh masa yang ditetapkan dan diberi tambahan masa; beberapa kerja

pemasangan, pembinaan dan penyenggaraan adalah kurang berkualiti; dan sistem

pemantauan berkomputer tidak dapat berfungsi.

Penjelasan lanjut mengenai perkara yang diperhatikan dan maklum balas pihak terlibat adalah

seperti di perenggan berikut:

33.5.1. Prestasi Projek

33.5.1.1. Pencapaian Fizikal Projek

a. Mengikut syarat kontrak, kesemua Projek SSH perlu disiapkan dalam tempoh

12 bulan dari tarikh pemilikan tapak. Ini bermakna sebanyak 65 Projek SSH di

Sabah perlu disiapkan pada 6 Mei 2010 dan 14 Jun 2010 bagi Fasa 2. Manakala 19

Projek SSH di Semenanjung Malaysia perlu disiapkan pada 4 Mac 2011.

Bagaimanapun, semakan Audit mendapati prestasi kemajuan kerja Projek SSH

adalah kurang memuaskan di mana 25 projek lagi yang masih belum disiapkan

setakat akhir tahun 2011. Adalah didapati 12 projek di Semenanjung Malaysia dan

13 projek di Sabah yang belum siap hanya mencapai 87% dan 90% masingmasingnya

setakat akhir bulan Disember 2011. Butirannya adalah seperti di jadual

berikut:

500 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!