10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

2.5.4. Norma Masa Pengeluaran Surat Notifikasi Awal Tidak Ditetapkan

2.5.4.1. Proses kerja/carta aliran MdI menetapkan Surat Notifikasi Awal hendaklah

dikeluarkan bagi tujuan memaklumkan pihak berkaitan mengenai status kebankrapan

dan mendapatkan maklumat berkaitan harta bankrap/syarikat yang digulungkan.

Tindakan yang perlu diambil oleh penerima Surat Notifikasi Awal termasuklah

membekukan akaun, menyerahkan baki wang kepada MdI, menyekat individu ke luar

negara dan menghalang transaksi tanah bankrap. Antara pihak yang dikemukakan Surat

Notifikasi Awal adalah peguam pemiutang, Jabatan Pendaftaran Negara, pembekal utiliti

(Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Bekalan Air), bank/institusi kewangan, Jabatan

Pengangkutan Jalan, Pihak Berkuasa Tempatan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Bagaimanapun, norma masa pengeluaran Surat

Notifikasi Awal tidak ditetapkan dalam proses kerja/carta aliran.

2.5.4.2. Semakan Audit terhadap 688 fail kes kebankrapan dan penggulungan syarikat

di pejabat yang dilawati mendapati tempoh pengeluaran Surat Notifikasi Awal bagi 438

kes kebankrapan adalah antara 14 hingga 528 hari. Manakala bagi 25 kes

penggulungan syarikat adalah antara 14 hingga 162 hari. Butirannya adalah seperti di

jadual berikut:

JADUAL 2.4

TEMPOH DIAMBIL UNTUK MENGELUARKAN SURAT NOTIFIKASI AWAL

PEJABAT NEGERI/CAWANGAN

BIL. KES

KEBANKRAPAN PENGGULUNGAN SYARIKAT

TEMPOH

(Hari)

BIL. KES

TEMPOH

(Hari)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 143 15 - 240 12 15 - 162

Selangor 197 16 - 406 8 14 - 142

Johor 31 14 - 528 - -

Pulau Pinang 26 14 - 358 - -

Sabah 25 14 - 105 3 18 - 64

Melaka 6 24 - 366 - -

Taiping 10 14 - 59 2 14 - 36

TEMPOH YANG DIAMBIL 438 14 - 528 25 14 - 162

2.5.4.3. Kelewatan pengeluaran Surat Notifikasi Awal akan menyebabkan tindakan

membekukan akaun dan menyerahkan wang milik bankrap/syarikat yang ada di bank

kepada MdI, menyekat individu daripada ke luar negara dan menyekat sebarang

transaksi tanah bankrap tidak dapat dibuat dengan segera.

Pada pendapat Audit, pemantauan yang berkesan perlu dijalankan bagi memastikan

Surat Notifikasi Awal dikeluarkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh

MdI bagi membolehkan tindakan membekukan akaun, menyerahkan segala wang yang

ada di bank kepada MdI, menyekat individu daripada ke luar negara dan menyekat

sebarang transaksi tanah bankrap dapat dibuat dengan segera oleh pihak yang

berkaitan.

Maklum Balas Jabatan Insolvensi Malaysia Yang Diterima Pada 25 Mei 2012

Punca Surat Notifikasi Awal lewat dikeluarkan adalah kerana bilangan agensi

yang banyak iaitu antara 10 hingga 15 agensi, jumlah PP&PP/Perintah

Penggulungan dikeluarkan purata 40 setiap hari, kekangan masa dan sumber

serta pemantauan pengeluaran surat dibuat secara manual. KPI bagi penetapan

tempoh pengeluaran Surat Notifikasi Awal telah pun ditetapkan pada Jun 2010

melalui Pekeliling PMO Bil. 1/2010, melalui Mesyuarat Pengarah Bahagian Bil.

1/2010 dan arahan Ketua Pengarah Insolvensi bertarikh 29 Januari 2011

8 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!