10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

16.1.4. Di bawah RMKe-9, Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM7.20 juta untuk

melaksanakan projek pembangunan industri rumpai laut yang melibatkan kos pembelian

peralatan, menaik taraf dan pembinaan pelantar. Di samping itu, sejumlah RM6.64 juta

disalurkan untuk program penyelidikan melibatkan Universiti Malaysia Sabah (UMS),

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya

(UM) dan SIRIM Berhad. Dua bidang utama telah dikenal pasti iaitu huluan dan hiliran.

Bidang huluan diketuai oleh Yayasan UMS (agensi di bawah UMS) di mana

bertanggungjawab untuk membangunkan sektor pengkulturan rumpai laut seperti

memperkenalkan program mini estet rumpai laut, pengkulturan spesies Gracilaria dalam

kolam dan pengkulturan spesies Gelidium secara long-line. Manakala bidang hiliran pula

diketuai oleh UKM untuk membangunkan sektor pemprosesan rumpai laut terutamanya

dalam industri makanan dan bukan makanan berasaskan rumpai laut. Di bawah RMKe-10

pula, Kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah meluluskan sejumlah

RM46.07 juta untuk pembangunan mini estet, program penyelidikan, pembinaan kilang

perintis dan peruntukan operasi. Kesemua peruntukan ini disalurkan terus kepada UMS

selaku co-owner dan Jabatan Perikanan Malaysia (Jabatan), Kementerian Pertanian Dan

Industri Asas Tani (Kementerian) sebagai project owner.

16.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada aktiviti pembangunan industri rumpai laut

telah diuruskan dengan teratur, cekap dan berhemat bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

16.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan meliputi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap pembangunan

industri rumpai laut bagi tempoh 3 tahun iaitu tahun 2009 hingga 2011 di Cawangan Akuakultur

Marin, Jabatan Perikanan Malaysia (Jabatan); Jabatan Perikanan Negeri Sabah; Universiti

Malaysia Sabah; Universiti Malaya dan SIRIM Berhad.

16.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan dengan menyemak fail, rekod dan dokumen berkaitan. Di samping itu,

lawatan ke tapak projek di kawasan pengkulturan rumpai laut iaitu Semporna, Kunak dan Lahad

Datu di Sabah serta temu bual dengan pegawai yang terlibat turut diadakan.

16.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober 2011 hingga Januari 2012 mendapati secara

umumnya sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan/NKEA dalam meningkatkan pengeluaran

rumpai laut kering bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 telah tercapai. Bagaimanapun di bawah

NKEA, projek mini estet masih belum dibangunkan sepenuhnya. Selain itu, terdapat beberapa

kelemahan dalam pelaksanaan pengurusan industri rumpai laut seperti berikut:

i. sebahagian besar peruntukan untuk membangunkan aktiviti rumpai laut masih belum

dibelanjakan;

ii. pembinaan pelantar pengeringan/pemprosesan rumpai laut yang kurang memuaskan;

dan

iii. peralatan yang telah dibekalkan masih belum digunakan/rosak.

Penjelasan lanjut berhubung dengan perkara yang ditemui serta maklum balas Kementerian

adalah seperti di perenggan berikut:

207 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!