10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Yang Diterima Pada

7 Jun 2012

Tindakan penyerahan peralatan bagi projek di Kg. Teluk Pasir Panjang, Port

Dickson dan Kg. Telok Bharu telah dibuat antara bulan Disember 2011 hingga

bulan April 2012. Selain itu, TPM turut mengeluarkan peringatan kepada pihak

ADUN yang masih belum membuat agihan agar menyegerakan pengagihan enjin

sangkut inovasi atau MOSTI akan menarik balik sumbangan tersebut.

ii. Bagi Projek Enjin Sangkut Inovasi yang diberikan kepada JKKK Kg. Rungkup

Kecil, Bagan Datoh, Perak bernilai RM30,000, didapati satu daripada 3 set enjin

sangkut inovasi yang telah diterima oleh entiti masih belum diagihkan kepada

penerima yang layak. Berdasarkan temu bual dengan salah seorang penerima

enjin sangkut inovasi mendapati penggunaan minyak petrol dapat dijimatkan

berbanding enjin bot sangkut import. Bagaimanapun, masalah overheat kotak

gear enjin tersebut mengakibatkan ianya mudah rosak. Selain itu, penerima juga

menghadapi kesukaran mendapatkan alat ganti terutamanya setelah tamat

tempoh waranti. Ini kerana alat ganti kipas alat kemudi enjin tersebut hanya

boleh dibeli daripada TPM Engineering Sdn. Bhd. sahaja. Pihak Audit mendapati

harga bagi kipas kemudi bagi enjin sangkut inovasi adalah lebih mahal iaitu

RM360 seunit berbanding harga kipas bagi enjin sangkut import iaitu RM140.

Pada pendapat Audit, pengagihan peralatan kepada komuniti hendaklah dibuat

dalam tempoh masa yang sewajarnya bagi memastikan komuniti mendapat

manfaat daripada penggunaan teknologi tersebut dan sebarang kerosakan

dapat dibaiki dalam tempoh waranti. Pembekalan peralatan yang tidak

mengambil kira kos tambahan seperti kos tukar ganti peralatan yang mahal

juga akan membebankan komuniti yang rata-ratanya daripada golongan yang

kurang berkemampuan.

Maklum Balas Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Yang Diterima Pada

7 Jun 2012

Enjin sangkut inovasi yang masih belum diagihkan di Kg. Rungkup Kecil, Bagan

Datoh, Perak telah diserahkan kepada penerima yang layak pada 25 April 2012.

28.5.2.3. Penggunaan Kemudahan/Teknologi Yang Dibekalkan

Semakan Audit terhadap penggunaan kemudahan/teknologi yang dibekalkan mendapati

beberapa kelemahan seperti berikut:

a. Lawatan Audit ke 3 tapak Projek Herbaponik bernilai RM150,000 iaitu JKKK Batu

Gajah Pasir, Sungai Rambai, Melaka; PDK Sri Pengasih Durian Tunggal, Melaka;

dan Koperasi Belia Rakyat Kawasan Klawang, Jelebu mendapati peralatan

hidroponik yang dibekalkan tidak digunakan bagi menanam pokok herba sebaliknya

jenis tanaman yang diusahakan adalah sayur-sayuran. Ini adalah tidak bertepatan

dengan objektif asal projek untuk melahirkan pengusaha/usahawan herba.

b. Bagi Projek Herbaponik bernilai RM50,000 di ladang milik penuh Koperasi Bela

Rakyat (KOBERA), Kg. Purun, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, adalah didapati 10

buah rumah peralatan hidroponik yang dibekalkan tidak dimanfaatkan

penggunaannya di mana tiada sebarang aktiviti penanaman dijalankan dan

peralatan tersebut tidak diurus dengan baik. Hasil lawatan Audit mendapati

peralatan tersebut hanya diletakkan bersebelahan dengan tempat ternakan ayam

yang turut dimiliki oleh KOBERA. Tapak projek tersebut hanya

423 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!