10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Pada pendapat Audit, pihak Kementerian perlu menyelenggara rekod dan maklumat

secara menyeluruh bagi program ini untuk memastikan pelaksanaan projek ini selaras

dengan objektif yang telah ditetapkan. Bagi tujuan pemantauan, Bahagian yang

bertanggungjawab perlu mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada agensi

pelaksana secara menyeluruh bagi memastikan pelaksanaan program ini sentiasa

menepati objektif yang ditetapkan. Selain itu, pemantauan hendaklah dijalankan untuk

memastikan penerima bantuan menggunakan peralatan yang telah diberikan dan

pengagihan semula dibuat sekiranya peralatan tersebut tidak digunakan sepenuhnya

oleh penerima bantuan.

14.6. SYOR AUDIT

Bagi memastikan pelaksanaan PKPP dan Projek Pertanian MPPP dijalankan dengan baik dan

berkesan, adalah disyorkan supaya pihak yang terlibat melaksanakan perkara berikut:

14.6.1. Kementerian hendaklah menjalankan penilaian semula terhadap keberkesanan

PKPP dan Projek Pertanian MPPP agar selaras dengan Dasar Agro Makanan Negara.

14.6.2. Kementerian/agensi pelaksana terlibat hendaklah melaksanakan penilaian

berdasarkan outcome dan impak bagi program PKPP dan Projek Pertanian MPPP selaras

dengan dasar Kerajaan yang menekankan pendekatan tersebut.

14.6.3. Kementerian hendaklah memperkemaskan garis panduan yang sedia ada supaya

lebih komprehensif bagi memudahkan pelaksanaan projek dengan berkesan.

14.6.4. Agensi pelaksana perlu memastikan pelaksanaan projek ini memberi faedah kepada

kumpulan sasaran serta digunakan sepenuhnya secara berterusan oleh penerima bantuan

bagi mengelakkan pembaziran kepada perbelanjaan Kerajaan.

14.6.5. Kementerian hendaklah memastikan pemantauan dijalankan secara berkala

terhadap setiap projek yang dijalankan bagi memastikan kerja yang dijalankan mengikut

spesifikasi dan berkualiti.

14.6.6. Agensi pelaksana hendaklah memastikan peruntukan digunakan secara berhemat

untuk melaksanakan projek yang telah diluluskan.

Maklum Balas Terkini Berkaitan Dengan Perenggan Ini Boleh Dirujuk Di Muka Surat 104-110

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan, Pengurusan Kewangan

Dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Bagi Tahun 2011

194 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!