10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

seperti mana ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007

(Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan). Pekeliling tersebut antara lain

menetapkan supaya satu senarai aset yang perlu penyenggaraan disediakan,

merancang dan melaksanakan penyenggaraan serta menilai program

penyenggaraan.

b. Semakan Audit mendapati penyenggaraan Kompleks tidak dilaksanakan mengikut

kehendak Pekeliling tersebut kerana Senarai Aset bagi tujuan penyenggaraan

(KEW.PA-13) tidak disediakan dan penilaian program penyenggaraan tidak

dilaksanakan. Ini adalah kerana KDN tidak menerima maklumat terperinci peralatan

dan kelengkapan berkaitan dengan kuantiti, jenis, model, lokasi penempatan serta

dokumen penyenggaraan Kompleks daripada kontraktor selepas Sijil Perakuan Siap

Kerja dikeluarkan. Kesan daripada ketiadaan program penyenggaraan, kelengkapan

dan peralatan yang dibekalkan terdedah kepada kerosakan dan jaminan pengeluar

terbatal.

Maklum Balas Kementerian Dalam Negeri Yang Diterima Pada 18 Jun 2012

Kontraktor telah mengemukakan senarai inventori bagi setiap Jabatan pada 5 Jun

2012. Aktiviti mengemas kini senarai inventori jabatan sedang dijalankan dan

dijangka siap pada 18 Jun 2012. Kontrak penyenggaraan pula kini dalam

peringkat akhir penyediaan dan akan ditender pada 15 Jun 2012. Daftar Aset akan

disediakan sebaik sahaja kontraktor mengeluarkan senarai penuh aset Kompleks

berserta kos. Senarai aset ini akan dikeluarkan sebaik sahaja kos projek

dimuktamadkan.

50.5.5.2. Latihan Ambil Alih Kompleks Dihadiri Oleh Pegawai Dan Anggota

Kompleks Yang Tidak Berpengalaman

a. Skop kerja pembinaan Kompleks didapati termasuk penyediaan peralatan mekanikal

dan elektrikal seperti mesin dan sebagainya. Untuk melancarkan proses serah guna

pelbagai mesin kepada pengguna, latihan adalah perlu sejajar dengan keperluan

Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka Dan Bina, JKR. Garis Panduan

tersebut antara lain menyenaraikan tanggungjawab kontraktor untuk menyediakan/

mengadakan perancangan latihan seperti berikut:

Pengurus latihan dan carta organisasi latihan;

Tenaga jurulatih/pengajar yang kompeten;

Jadual latihan;

Tempat latihan;

Nota latihan/rujukan;

Keperluan peralatan latihan;

Penilaian latihan/kajian keberkesanan; dan

Bilangan pengguna yang perlu dilatih dan tahap pengetahuan.

b. Semakan Audit mendapati kontraktor tidak menyediakan/mengadakan perancangan

latihan untuk pengguna fasiliti (end user) bagi tujuan pemindahan teknologi seperti

kehendak Klausa 37 Perjanjian Kontrak. Bagaimanapun, pihak kontraktor telah

mengadakan beberapa siri latihan dan pegawai/kakitangan yang menghadiri latihan

adalah seperti ditunjukkan dalam jadual berikut:

807 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!