10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Pada pendapat Audit, pemantauan bayaran ansuran bulanan yang berkesan perlu

dilakukan bagi memastikan tiada tunggakan melebihi 3 bulan berlaku. Notis Amaran

Tunggakan perlu diberikan segera demi mengelakkan jumlah tunggakan bertambah

dan menyebabkan bankrap sukar untuk menjelaskannya dalam tempoh 14 hari

daripada tarikh notis diberikan. Selain itu, prosiding komital juga boleh dimulakan

sekiranya pengeluaran notis mematuhi tempoh yang ditetapkan.

2.5.9. Proses Penzahiran Dan Penghasilan Harta Yang Tidak Teratur

2.5.9.1. Seksyen 24 (4) Akta Kebankrapan 1967 menetapkan harta seorang

penghutang yang telah dijatuhkan hukuman bankrap hendaklah terletak hak dengan

Pegawai Pemegang Harta. Manakala Seksyen 27 (2) Akta berkenaan mewajibkan

penghutang untuk memberikan maklumat berhubung pemilikan harta, senarai

pemiutang/penghutang, melaksanakan tanggungjawab membuat semua tindakan dan

perkara tertentu berhubung dengan hartanya dan pembahagian hasilnya di antara

pemiutang sebagaimana yang diperlukan secara munasabah oleh Pegawai Pemegang

Harta.

2.5.9.2. Bagi kes penggulungan syarikat pula, Seksyen 233(1) Akta Syarikat 1965

menetapkan apabila suatu Perintah Penggulungan telah dibuat atau pelikuidasi/

pelikuidasi sementara telah dilantik, semua harta/benda dalam tindakan hak syarikat

adalah di bawah kawalan pelikuidasi/pelikuidasi sementara tersebut.

2.5.9.3. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, harta alih atau harta tidak alih

bankrap/syarikat akan dizahirkan/dikenal pasti oleh MdI bagi tujuan penghasilan harta

untuk diagihkan kepada pemiutang-pemiutangnya. Berdasarkan proses kerja/carta aliran

yang disemak, penzahiran harta bankrap/syarikat adalah berdasarkan maklumat harta

yang diperolehi daripada PHE dan maklumat pihak tertentu seperti bank/institusi

kewangan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Semakan Audit terhadap proses penzahiran dan penghasilan harta mendapati perkara

seperti berikut:

a. Penerimaan Maklum Balas Pihak Berkaitan

i. Sebanyak 2,490 surat permohonan maklum balas berkaitan pemilikan harta

bankrap/syarikat telah dihantar bagi 688 fail kes di kesemua pejabat yang

dilawati. Daripada jumlah permohonan tersebut, pihak Audit tidak dapat

menentukan sama ada jawapan/maklum balas telah diterima atau tidak bagi

2,166 (87%) surat permohonan maklum balas yang telah dihantar

memandangkan tiada maklumat jawapan dapat disemak di dalam fail kes. Oleh

itu, MdI tidak dapat memastikan sama ada bankrap/syarikat memiliki harta yang

boleh dihasilkan. Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 2.11

MAKLUM BALAS KES KEBANKRAPAN DAN PENGGULUNGAN SYARIKAT

TIDAK DITERIMA/TIDAK DISIMPAN DALAM FAIL

PEJABAT NEGERI/CAWANGAN

KES KEBANKRAPAN

BIL. PERMOHONAN

MAKLUM BALAS

DIKELUARKAN

JAWAPAN TIDAK DITERIMA/

TIDAK DISIMPAN DALAM FAIL

BIL. (%)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 460 437 95.0

Selangor 560 552 98.6

Johor 353 291 82.4

Pulau Pinang 168 140 83.3

15 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!