10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Kelemahan dalam pelaksanaan kawalan selia/pemantauan terhadap kualiti

perkhidmatan pihak kontraktor juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa

dengan kerjasama Bahagian dan JPN. Pihak pentadbiran sekolah juga telah

dimaklumkan supaya mematuhi sepenuhnya peraturan dan tatacara pengurusan

kontrak yang telah disediakan.

Pada pendapat Audit, pihak pentadbir sekolah perlu mematuhi penggunaan

borang yang telah ditetapkan dan mengisi maklumat dengan kemas kini supaya

laporan mengenai aktiviti bekalan makanan bermasak dan prestasi kontraktor

dapat dinilai dan dipantau dengan berkesan. Pihak Kementerian perlu menyemak

semula format-format borang yang digunakan sejak tahun 1994 dan dikemas kini

bagi memudahkan pihak pentadbiran sekolah.

36.5.4.2. Peringkat Bahagian

a. BPPA ada membuat pemantauan bagi menilai prestasi kontraktor melalui Laporan

Suku Tahun yang disediakannya berdasarkan Laporan Bulanan Prestasi Kontraktor

yang dikemukakan oleh pihak sekolah melalui JPN. Bagaimanapun, tidak semua

Laporan Bulanan Prestasi Kontraktor disediakan oleh pihak sekolah kerana JPN

tidak memantau sepenuhnya penghantaran dokumen berkenaan. Pihak Audit

mendapati sebahagian sekolah telah mengemukakan laporan tersebut kepada

Bahagian yang berkenaan di Kementerian dan bukannya kepada JPN seperti yang

ditetapkan. Selanjutnya, pihak Audit difahamkan tiada pegawai khusus di peringkat

JPN yang bertanggungjawab untuk meneliti laporan prestasi kontraktor yang

dikemukakan oleh pihak sekolah dan seterusnya memantau perkhidmatan

kontraktor. Manakala Laporan Bulanan Prestasi Kontraktor yang diterima oleh

Bahagian tidak lengkap dan tidak kemas kini serta tidak dapat dirujuk dengan

berkesan bagi tujuan pemantauan prestasi kontraktor.

b. BPSBPSK telah mengadakan mesyuarat seperti Mesyuarat Pengurusan Kontrak

BMB mengikut zon yang dihadiri oleh kontraktor BMB dan pengurusan sekolah;

Mesyuarat Penyelia Asrama bagi Sekolah Berasrama Penuh serta membuat

lawatan/pemeriksaan ke sekolah apabila mendapat aduan seperti keracunan

makanan. BPSBPSK juga ada mengeluarkan panduannya sendiri berkenaan

pengurusan pemakanan asrama untuk dilaksanakan oleh Sekolah Berasrama

Penuh. BPTV pula didapati telah menghantar pegawainya untuk membuat

pemantauan ke sekolah apabila berlaku keracunan makanan di sekolah.

Bagaimanapun, BPI tidak ada menjalankan lawatan pemantauan terhadap aktiviti

bekalan makanan bermasak di sekolah SABK.

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Pihak BPPA akan memantapkan lagi perancangan pemantauan yang sedia ada

dengan mengambil kira kerjasama Bahagian/JPN. Manakala BPI mengakui tiada

pemantauan dilaksanakan disebabkan kekangan masa/pegawai serta instrumen/

kaedah pemantauan yang tidak mantap. Mulai tahun 2012, pihaknya akan

bekerjasama dengan BPPA dan JPN untuk melaksanakan pemantauan.

Kelemahan dalam pelaksanaan kawal selia/pemantauan terhadap kualiti

perkhidmatan pihak kontraktor juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa

dengan kerjasama Bahagian dan JPN.

597 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!