10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

c. Pendapatan daripada khidmat terjemahan dan penerbitan buku diperolehi daripada

2 sumber iaitu perolehan peruntukan daripada projek KPM dan pasaran terbuka.

Bagi tahun 2008 hingga 2010, perolehan daripada projek KPM menyumbang antara

89.5% hingga 92.3% kepada jumlah pendapatan daripada khidmat terjemahan dan

penerbitan buku. Penyaluran peruntukan daripada KPM diiktiraf sebagai hasil

pendapatan pada tahun semasa setelah buku siap dicetak. Pada tahun 2009,

pendapatan daripada projek KPM diperolehi melalui penerbitan 80 judul buku

sastera tempatan yang diterjemahkan ke bahasa antarabangsa (seperti Inggeris dan

Perancis). Pengurangan pendapatan daripada projek KPM pada tahun 2010 adalah

disebabkan ITBM tidak mendapat peruntukan semasa bagi cadangan projek KPM

pada tahun tersebut dan hasil yang dijanakan adalah melalui penerbitan buku tahun

sebelumnya. Dari tahun 2008 hingga 2010, pendapatan ITBM melalui hasil pasaran

terbuka menunjukkan trend penurunan. Hal ini menunjukkan perolehan peruntukan

melalui projek KPM memberikan impak yang besar dalam menyumbang jumlah

pendapatan kepada khidmat terjemahan dan penerbitan buku dan pendapatan ITBM

keseluruhannya. Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 63.2

PECAHAN PENDAPATAN DARIPADA PROJEK KPM DAN PASARAN TERBUKA BAGI

TAHUN KEWANGAN 2008, 2009 DAN 2010

TAHUN

KHIDMAT/AKTIVITI

Terjemahan Dan Penerbitan Buku

2008

(RM Juta)

2009

(RM Juta)

2010

(RM Juta)

Projek KPM 15.83 12.04 7.15

Pasaran Terbuka 1.85 1.00 0.67

JUMLAH 17.68 13.04 7.82

Peratus Sumbangan Projek KPM Kepada Pendapatan

Khidmat Terjemahan & Penerbitan Buku

89.5% 92.3% 91.4%

Sumber: Penyata Kewangan Tahun 2008, 2009 Dan 2010 Yang Diaudit

d. Lain-lain pendapatan menunjukkan peningkatan sebanyak 96.9% pada tahun 2010

berbanding 2009 disebabkan peningkatan pendapatan dividen, keuntungan

daripada pelaburan dan pelunasan peruntukan terjemahan (amortization of

translation grant) daripada KPM bagi Projek Terjemahan dan Penerbitan 130 Judul

Buku Matematik dan Sains berjumlah RM6.5 juta.

Maklum Balas Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia Yang Diterima Pada

13 Jun 2012

ITBM sedang berusaha meningkatkan pendapatan daripada khidmat utamanya

dengan menilai potensi dan peluang baru berdasarkan pelan strategik 5 tahun.

Dari segi jualan dan pemasaran buku, ITBM berusaha menggiatkan penjualan

buku kepada perpustakaan awam dan luar negara; meluaskan pengedaran ke

seluruh negara melalui program Keahlian Pengedar/Pembekal Buku ITBM;

memperkasa sistem e-Beli-Belah serta menyertai pesta buku yang diadakan

seluruh Malaysia. Bagi meluaskan jualan dan pemasaran khidmat terjemahan

dokumen, ITBM berusaha meningkatkan usaha promosi kepada pelanggan

berpotensi institusi kewangan, syarikat korporat serta kedutaan asing dengan

menawarkan kadar istimewa kepada pelanggan tetap bagi menjamin kestabilan

pendapatan. Seterusnya, bagi meningkatkan jualan dan pemasaran khidmat

jurubahasa, ITBM memeterai Memorandum Persefahaman dengan jabatan dan

agensi Kerajaan serta mempromosi khidmat kejurubahasaan ITBM kepada

penganjur persidangan antarabangsa atau pengelola majlis meliputi sektor awam

dan swasta.

934 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!