10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

46.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi penilaian terhadap pengurusan Program Bantuan Kebajikan

Masyarakat bagi 3 skim utama iaitu BOT, EPC dan BKK bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011.

Penilaian yang dibuat antaranya meliputi kelayakan penerima bantuan, aspek kelulusan

permohonan, kajian semula kes dan pengagihan bantuan. Pemeriksaan Audit dijalankan di JKM

peringkat ibu pejabat dan 4 JKM negeri iaitu di Kedah, Kelantan, Melaka dan Sarawak serta 8

PKMD/J/B.

46.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak 719 fail individu penerima bantuan (fail kes) di

samping dokumen-dokumen lain seperti daftar permohonan, laporan siasatan, minit kelulusan

dan rekod bayaran. Selain itu, temu bual dengan pegawai JKM dan penerima bantuan dijalankan

bagi mendapat maklumat dan pengesahan berhubung bantuan yang disalurkan. Lawatan juga

dijalankan ke 33 tempat kediaman/pejabat yang dipilih sebagai sampel Audit bagi tujuan

pengesahan kelayakan penerima bantuan.

46.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Jun hingga September 2011 mendapati masih

terdapat kelemahan dalam pengurusan program ini di mana isu yang pernah dibangkitkan dalam

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 masih lagi berlaku di 8 PKMD/J/B yang dilawati seperti

ditunjukkan di Jadual 46.2. Antara kelemahan yang masih berlaku ialah seperti berikut:

i. proses siasatan bagi 114 (33.4%) daripada 341 permohonan tidak dapat diselesaikan

mengikut tempoh yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan;

ii. pemakluman keputusan bagi 275 (57.1%) daripada 482 permohonan melewati Piagam

Pelanggan yang ditetapkan dengan kelewatan antara 8 hingga 910 hari;

iii. kajian semula terhadap penerima bantuan sedia ada tidak dijalankan dalam tempoh

yang sepatutnya;

iv. wang bantuan yang tidak dapat diagihkan berjumlah RM1.58 juta melibatkan 778 baucar

lewat dimasukkan ke akaun bank Kerajaan antara 7 hingga 245 hari; dan

v. sistem e-Bantuan tidak digunakan sepenuhnya.

JKM telah mengambil inisiatif untuk memperkemaskan pengurusan Skim Bantuan Kebajikan

Masyarakat ini sepertimana penjelasan bertulis yang diberikan kepada pihak Audit pada bulan

Mac 2010, namun tindakan yang diambil belum mendatangkan kesan sepenuhnya. Ini kerana

sistem e-Bantuan yang dijangka dapat menyelesaikan sebahagian besar isu berbangkit tidak

digunakan secara optimum akibat kekangan tertentu seperti talian sibuk dan server down yang

menyebabkan masa yang lama diambil untuk memproses sesuatu kes. Selain itu, masalah

bebanan kerja pegawai/kakitangan PKMD/J/B akibat pertambahan bilangan kes/kajian semula

kes setiap tahun masih belum diatasi di mana tiada pertambahan jawatan di PKMD/J/B setakat

akhir tahun 2011. Penjelasan lanjut mengenai perkara yang diperhatikan serta ulasan JKM

adalah seperti di perenggan berikut:

737 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!