10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Pembangunan Prototaip untuk Mekanisasi Penuaian Bagi Kaedah Raga dan

Long Line;

Pembangunan Prototaip Sistem Pengkulturan dan Penuaian Rumpair Secara

Raga;

Pembangunan Prototaip Sistem Pengeringan Rumpair;

Pembangunan Sistem Pengeringan Solar di Lautan;

Pembangunan Produk-produk Kosmetik; dan

Pembungkusan Produk-produk Kosmetik.

Kesemua Program ini telah bermula pada 2 Mei 2009 dan dijadualkan siap sebelum

akhir tahun 2010. Semakan Audit mendapati setakat bulan Disember 2011, hanya

3 daripada 6 program telah diserahkan. Salah satu program yang belum diserahkan iaitu

program Pembangunan Prototaip untuk Sistem Pengkulturan dan Penuaian Secara

Raga adalah disebabkan oleh kehilangan 4 enjin bot semasa proses penghantaran.

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

26 Jun 2012

Dua program lagi iaitu Program Pembangunan Sistem Pengeringan Solar di

Lautan; Program Pembangunan Produk-produk Kosmetik dan Program Sistem

Pengkulturan Dan Penuaian Rumpair Secara Raga akan diserahkan pada 6 Julai

2012.

Pemeriksaan Audit selanjutnya terhadap program pembangunan industri rumpai laut

oleh SIRIM Berhad mendapati perkara seperti berikut:

a. Prototaip Sistem Pengeringan Rumpai Laut Tidak Digunakan

Dalam program ini, SIRIM Berhad telah membangunkan Prototaip Sistem

Pengeringan Rumpai Laut di Pulau Omadal, Semporna, Sabah bernilai RM600,000

yang terdiri daripada 2 komponen iaitu Spinner dan Rotary Drum Dryer. Mesin ini

dibangunkan untuk membantu menyingkatkan proses dan tempoh masa

pengeringan awal bagi meningkatkan lagi produktiviti pengusaha rumpai laut. Mesin

ini telah diuji serta latihan telah diberi kepada wakil Jabatan Perikanan dan

pengusaha pada 20 Disember 2010. Lawatan Audit mendapati mesin ini tidak

digunakan dan mengikut penjelasan pegawai Jabatan Perikanan Sabah, penternak

tempatan tidak berminat untuk menggunakannya. Selain itu, adalah didapati mesin

ini telah berkarat kerana ia diperbuat daripada bahan besi dan tidak disenggarakan.

Keadaan mesin tersebut adalah seperti ditunjukkan dalam gambar berikut:

GAMBAR 16.3 GAMBAR 16.4

Pelantar Pulau Omadal, Semporna, Sabah

- Prototaip Sistem Pra-Pengeringan

(19.11.2011)

Pelantar Pulau Omadal, Semporna, Sabah

- Mesin Spinner Yang Berkarat

(19.11.2011)

211 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!