10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

April 2012. Antaranya seperti penyenggaraan terhadap tumbuhan di hadapan

kedai, bangku konkrit, tiang wakaf, penutup longkang, lantai di outdoor

amphitheater, kerusi di indoor theater dan tombol pintu, dinding walkway, lalang,

sampah, rumput, papan tanda petunjuk arah, rumah lampu, tangga dan jubin

tangga.

30.5.6. Pemantauan

Pemantauan terhadap projek kemudahan pelancongan hendaklah sentiasa dilakukan secara

berterusan bagi memastikan kerja yang dilaksanakan selaras dengan objektif program. Oleh

kerana program ini diperkenalkan untuk memberi manfaat kepada industri pelancongan

secara khususnya dan negara secara amnya, mekanisme pemantauan perlu dipertingkatkan

seperti berikut:

30.5.6.1. Di peringkat Kementerian, Bahagian Prasarana bertanggungjawab untuk

memantau semua Projek Pembangunan Kemudahan Pelancongan melalui mesyuarat

Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK). Selain itu, Kementerian

juga telah mengadakan mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Projek RMKe-9 secara

ad hoc serta memantau pelaksanaan sesuatu projek melalui laporan kemajuan kerja.

Pihak Audit tidak dapat memastikan sama ada pemantauan rapi melalui lawatan fizikal

telah dibuat secara berkala terhadap kesemua projek memandangkan tiada maklumat

mengenainya.

Maklum Balas Kementerian Pelancongan Yang Diterima Pada 15 Jun 2012

Pemantauan secara fizikal tidak dapat dilaksanakan adalah kerana beban kerja

pegawai, kekangan peruntukan kewangan serta masalah pusing ganti pegawai

yang tinggi. Nisbah bilangan pegawai berbanding bilangan projek di pelbagai

peringkat pelaksana adalah antara 1:44 hingga 1:219.

30.5.6.2. Di peringkat negeri, mekanisme pemantauan dilaksanakan melalui mesyuarat

antara Ketua Setiausaha Kementerian dengan Pengarah PKPN. Pemantauan terhadap

kerja projek juga dilaksanakan oleh agensi pelaksana dan perunding. Bagaimanapun,

pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama ada mesyuarat tapak projek telah

dilaksanakan dengan rapi oleh pihak MTPN/PKPN memandangkan tiada maklumat

mengenainya. Semakan Audit selanjutnya mendapati Unit Pembangunan di setiap

PKPN diletakkan bersekali dengan Unit Pentadbiran dan Kewangan yang diketuai oleh

pegawai kontrak gred N41. Dengan itu pemantauan terhadap sesuatu projek akan

dilaksanakan oleh pegawai kontrak N41 tersebut dan dibantu oleh pegawai tetap gred

N36/N32. Perjawatan bagi pegawai gred N41 adalah secara ‘contract of service’ di mana

pelantikan ini akan tamat selepas tempoh setahun perkhidmatan. Ini boleh memberi

kesan terhadap kesinambungan urusan pemantauan sesuatu projek secara berterusan.

Pada pendapat Audit, beban tugas pegawai pemantau yang tidak sepadan dengan

bilangan projek yang dilaksanakan serta pelantikan pegawai secara ‘contract of

service’ memberi kesan secara tidak langsung terhadap pemantauan projek

pelancongan yang dibangunkan/dinaik taraf. Selain itu, Kementerian/PKPN perlu

mempertingkatkan penyeliaan terhadap agensi pelaksana dan perunding yang dilantik

serta mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang gagal melaksanakan tugas

dengan berkesan.

463 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!